Tuesday, May 17, 2016

Proses Pencernaan

Proses pencernaan (digestion) ialah proses pemecahan makanan yang besar (kompleks) kepada yang lebih kecil (ringkas) untuk diserap ke dalam badan.

Pencernaan berlaku dalam dua peringkat:
  1. Pencernaan fizikal – pemecahan makanan yang besar kepada cebisan kecil oleh gigi.
  2. Pencernaan kimia – pemecahan molekul-molekul kompleks makanan kepada molekul-molekul kecil dengan bantuan enzim.
Enzim (enzymes) ialah bahan protein yang mempercepat proses pencernaan. Enzim memecahkan molekul kompleks makanan kepada molekul yang kecil dan ringkas.

Ciri-ciri enzim adalah seperti berikut:
  • Enzim diperlukan dalam kuantiti yang kecil sahaja.
  • Enzim tidak dimusnahkan pada akhir pencernaan.
  • Enzim tertentu hanya bertindak dalam keadaan keasidan atau kealkalian yang tertentu.
  • Enzim tertentu hanya bertindak terhadap makanan yang tertentu.
  • Enzim berfungsi paling baik pada suhu badan (37°C). Enzim dimusnahkan pada suhu yang tinggi.


No comments:

Post a Comment