Thursday, March 31, 2016

Kegunaan Sebatian Silikon Dalam Kehidupan Seharian

Sifat sebatian silikon yang stabil membolehkannya digunakan untuk membuat pelbagai barangan bagi memudahkan manusia menjalani rutin kehidupan harian.

Pelbagai barangan seperti kaca, mortar, seramik, jubin, dan sebagainya adalah diperbuat daripada sebatian silikon.

Umumnya, sebatian silikon terbahagi kepada silika dan silikat.

Antara kegunaan silika dalam kehidupan harian adalah:
  • Pasir (sand) digunakan untuk membuat bata, mortar, simen, konkrit, dan barangan kaca seperti kelalang dan cermin.
  • Batu api (flint) digunakan untuk menyalakan pemetik api dan dapur gas.
  • Kuarza (quartz) dicampurkan dalam simen untuk membuat konkrit.

Antara kegunaan silikat dalam kehidupan harian adalah:
  • Asbestos digunakan sebagai penebat haba dalam bentuk kepingan. Asbestos juga digunakan untuk membuat pakaian ahli bomba.
  • Topaz, rubi, nilam, zamrud dan jed digunakan sebagai batu perhiasan.
  • Mika (mica) digunakan sebagai penebat elektrik di dalam peralatan elektrik.
  • Tanah liat (aluminium silikat) digunakan untuk membuat barangan seramik seperti pasu bunga, tembikar, pinggan mangkuk, periuk dan jubin.
  • Air kaca / natrium silikat (water glass / sodium silicate) digunakan untuk mengawet telur, membuat pengilap perabot dan lantai, dan membuat gel silika (silica gel) untuk menyerap wap air.

Silikon tulen boleh digunakan untuk membuat cip elektronik (kadangkala disebut sebagai cip silikon).

Cip silikon yang sangat kecil ini mengandungi banyak komponen dan digunakan dalam peralatan elektronik seperti komputer, kalkulator, jam digital, dan lain-lain.

Gentian yang diperbuat daripada sebatian silikon disebut sebagai gentian optik (optic fibres) yang boleh digunakan untuk:
  • Menggantikan wayar kuprum bagi menghantar maklumat seperti data bunyi, video dan lain-lain, pada kelajuan cahaya.
  • Dalam bidang perubatan, gentian optik boleh digunakan untuk memerhatikan organ-organ dalaman seperti perut, tanpa melakukan pembedahan keatas pesakit.


No comments:

Post a Comment