Friday, January 13, 2017

Tenaga yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui

Sumber-sumber tenaga yang terdapat di dunia ini adalah boleh dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu:
  1. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
  2. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

Sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy sources) merupakan tenaga yang boleh ditambah atau diperbaharui selepas ianya digunakan. Contoh-contoh sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah seperti:
  • Hidroelektrik (pergerakan air).
  • Tenaga angin.
  • Tenaga ombak.
  • Tenaga biojisim.
  • Tenaga suria (Matahari).
  • Kayu api.
  • Tenaga geoterma.

Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui (non-renewable energy sources) merupakan tenaga yang tidak boleh ditambah, digantikan atau diperbaharui, ianya terhad dan akan kehabisan pada masa akan datang. Contoh-contoh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah seperti:
  • Bahan api fosil (petroleum, gas asli, arang batu).
  • Bahan radioaktif (tenaga nuklear).

Kedua-dua jenis sumber tenaga ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Jadual di bawah menunjukkan kelebihan dan kelemahan kedua-dua jenis sumber tenaga tersebut.

Sumber Tenaga
Kelebihan
Kelemahan
Tenaga hidroelektrik
Kuasa elektrik yang dihasilkan adalah murah dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Pembinaan empangan dan stesen penjana kuasa adalah mahal.

Ianya hanya sesuai dibina di kawasan pergunungan dengan hujan yang banyak.

Pembinaan empangan yang besar merosakkan habitat.
Tenaga angin
Tidak mencemarkan alam sekitar.
Turbin angin akan berhenti berputar sekiranya tiada tiupan angin.
Tenaga ombak / Tenaga air pasang
Tidak mencemarkan alam sekitar.
Penjanaan kuasa elektrik hanya boleh dilakukan dua kali sehari sewaktu air laut pasang dan surut.
Tenaga biojisim
Mengurangkan beban alam persekitaran.
Membebaskan gas yang boleh mencemarkan alam sekitar seperti gas karbon dioksida dan sulfur dioksida.
Tenaga suria
Membekalkan tenaga secara berterusan.

Tidak mencemarkan alam sekitar.
Tidak boleh digunakan pada waktu malam atau hanya boleh digunakan ketika terdapatnya cahaya matahari.
Kayu api
Digunakan untuk memasak di kawasan yang kurang bekalan tenaga.
Membebaskan asap yang mencemarkan alam sekitar.
Tenaga geoterma
Tidak mencemarkan alam sekitar.
Hanya terdapat pada air panas yang hampir dengan permukaan Bumi.
Bahan api fosil (petroleum, gas asli, arang batu)
Mempunyai nilai tenaga yang tinggi.
Menghasilkan gas beracun dan membentuk hujan asid seperti sulfur dioksida.
Bahan radioaktif (uranium, plutonium)
Mempunyai nilai tenaga yang amat tinggi.
Menyinar sinaran berbahaya yang boleh menyebabkan kanser.

Pembinaan stesen kuasanya melibatkan kos yang sangat tinggi.

Kesemua sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui mengakibatkan pencemaran, disebabkan oleh perlombongan dari teras Bumi, tetapi punca utama pencemaran adalah pembakarannya.