Wednesday, March 30, 2016

Pembiakan Aseks

Pembiakan aseks (asexual reproduction) adalah pembiakan yang melibatkan hanya satu individu sahaja tanpa melibatkan sel-sel pembiakan.

Pembiakan aseks dilakukan oleh sesetengah tumbuhan dan haiwan peringkat rendah sahaja.

Melalu pembiakan aseks, induk akan menghasilkan individu baru yang mempunyai sifat yang sama sepertinya.

Lima jenis pembiakan aseks adalah:
  • Belahan dedua (binary fission).
  • Pertunasan (budding).
  • Pembentukan spora (spore formation).
  • Pembiakan vegetatif (vegetative reproduction).
  • Penjanaan semula (rejuvenation).

Kelebihan pembiakan aseks adalah organisma baru dapat dihasilkan daripada satu induk sahaja.

Kelemahan pembiakan aseks adalah organisma baru yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri yang sama seperti induknya termasuklah ciri-ciri yang tidak diingini.

1 comment:

  1. Harrah's Resort and Casino | Dr.MCD
    Welcome to Harrah's Resort and Casino, 계룡 출장마사지 just 남양주 출장안마 a short drive from Portland, Maine. 군포 출장샵 It's your 서산 출장안마 new-hotel paradise. We offer a 전라북도 출장안마 full-service spa,

    ReplyDelete