Tuesday, March 29, 2016

Sifat Sebatian Silikon

Silika adalah sebatian silikon terdiri daripada silikon dan oksigen. Contoh-contoh silika adalah seperti pasir (sand), kuarza (quartz) dan batu api (flint).

Silikat adalah sebatian silikon yang terdiri daripada silikon, oksigen dan logam. Contoh-contoh silikat adalah seperti tanah liat (clay), mica, feldspar dan asbestos.

Silika dan silikat (kedua-duanya adalah sebatian silikon) adalah sangat stabil, iaitu kedua-duanya tidak reaktif secara kimia.

Sifat-sifat sebatian silikon adalah:
  • Tidak larut dalam air.
  • Tidak bertindak balas dengan asid.
  • Tidak terurai apabila dipanaskan.

Sifat sebatian silikon ini menyebabkan ianya wujud sebagai sebatian kedua paling banyak di kerak Bumi.

Silikon tulen adalah hablur keras yang berkilau dan berwarna hitam keperangan (brownish black).


No comments:

Post a Comment