Monday, February 15, 2016

Bahan Pencemar Udara

Udara yang bersih terdiri daripada nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas nadir dan wap air pada kadar yang sepatutnya.

Komposisi udara yang normal (udara bersih).

Pencemaran udara (air pollution) berlaku apabila udara yang mengandungi bahan pencemar yang mengotorkan alam sekitar dan boleh memberi kesan buruk kepada hidupan.

Bahan-bahan pencemar udara adalah termasuk:
  • Debu.
  • Karbon dioksida.
  • Karbon monoksida.
  • Klorofluorokarbon.
  • Sebatian plumbum.
  • Oksida nitrogen.
  • Sulfur dioksida.
  • Asap, jelaga, asbut.

Sebahagian besar pencemaran udara adalah berpunca daripada aktiviti manusia sendiri.

Pencemaran udara juga boleh disebabkan oleh pembakaran bahan api dan sampah sarap.

Kilang perindustrian dan enjin kenderaan bermotor membebaskan asap, karbon dan gas yang berbahaya ke atmosfera.

Gas daripada ekzos kenderaan juga turut mencemarkan udara.

No comments:

Post a Comment