Monday, February 15, 2016

Pencemaran Udara

Pencemaran udara (air pollution) berlaku apabila terdapatnya bahan-bahan yang berbahaya (harmful substances) di dalam udara, yang boleh mengancam kesihatan hidupan. 

Bahan-bahan berbahaya dikenali sebagai pencemar udara (air pollutant).


Sumber-sumber pencemaran udara adalah seperti berikut:


Pencemaran

Sumber pencemaran udara
Karbon dioksida dan hidrokarbon.

Kilang-kilang, kenderaan bermotor, pembakaran sampah, dan bahan api.


Nikotin, tar, tembakau, bahan-bahan karsinogenik.

Asap rokok.

Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida.

Pembakaran bahan-bahan yang mengandungi sulfur dan nitrogen seperti getah tervulkan, dan lain-lain.

Sisa-sisa racun perosak.

Racun perosak seperti racun herba, racun kulat, dan racun serangga.

Gelombang radioaktif.

Sisa radioaktif yang dibuang oleh stesen kuasa nuklear.

Klorofluorokarbon (Chlorofluocarbons / CFC).

Penghawa dingin, peti sejuk dan semburan aerosol.


No comments:

Post a Comment