Sunday, February 14, 2016

Kepentingan Pembakaran

Pembakaran (combustion) memainkan peranan penting dalam membantu kehidupan manusia. Antara kepentingan pembakaran adalah seperti berikut: 
  • Pembakaran menghasilkan tenaga cahaya dan tenaga haba. Tenaga haba (heat energy) boleh digunakan untuk memanaskan badan.

  • Karbon dioksida yang terhasil daripada proses pembakaran akan diserap oleh tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan fotosintesis (photosynthesis).

  • Pembakaran bahan api boleh menghasilkan tenaga yang boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik (electrical energy) di stesen-stesen janakuasa.

  • Pembakaran membolehkan pelbagai proses industri yang berbeza dijalankan.

  • Pembakaran petroleum dalam industri menghasilkan hasil sampingan petroleum (petroleum byproducts) yang berguna seperti kerosene, lilin, tar, dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment