Saturday, February 13, 2016

Oksigen Diperlukan Untuk Pembakaran

Pembakaran (combustion) adalah suatu proses yang berlaku apabila suatu bahan berpadu (unites) dengan oksigen secara kimia, dan menghasilkan serta membebaskan tenaga haba dan cahaya.

Bahan api (fuels) adalah bahan mudah terbakar. Bahan yang mudah terbakar adalah termasuk:
  • Pelarut organik (organic solvents) seperti alkohol, eter dan xilena.
  • Karbon (carbon) seperti arang kayu dan arang batu.
  • Hidrokarbon (hydrocarbons) seperti petrol, diesel, minyak tanah (kerosene), lilin dan butana.
Tanpa oksigen, pembakaran tidak boleh berlaku kerana tidak ada proses kimia.


Syarat pembakaran

Pembakaran hanya akan berlaku dengan kehadiran oksigen (oxygen) yang terdapat dalam udara, bahan api (fuel) dan haba (heat), sepertimana yang ditunjukkan dalam segitiga api (fire triangle).

Segitiga api (fire triangle)

Suatu proses pembakaran adalah melibatkan penggunaan bahan yang boleh dibakar atau bahan api (fuel) yang dibakar, oksigen bertindak dalam membantu pembakaran, dan haba yang bertindak memanaskan bahan api sehingga mencapai suhu pencucuhan (ignition temperature) bagi mencetuskan pembakaran.

Bahan api yang berlainan mempunyai suhu pencucuhan yang berbeza. Pembakaran hanya boleh dicetuskan jika bahan api dipanaskan hingga ke suhu tersebut. Misalnya suhu pencucuhan bagi kerosene ialah 225°C.


Hasil Pembakaran

Hasil pembakaran (products of combustion) bergantung kepada jenis bahan api yang digunakan. Contohnya,

Hasil pembakaran karbon:
  • Karbon adalah sebatian kimia yang terdiri daripada unsur karbon sahaja.
  • Contoh-contoh karbon ialah kayu, kain, arang dan kertas.
  • Pembakaran karbon membebaskan karbon dioksida tenaga haba dan tenaga cahaya.
  • Karbon dioksida terbentuk apabila bahan-bahan karbon berpadu (unite) dengan oksigen semasa pembakaran.


Hasil pembakaran hidrokarbon di udara:
  • Hidrokarbon adalah sebatian kimia yang terbentuk hanya daripada hidrogen dan karbon sahaja.
  • Contoh-contoh hidrokarbon ialah lilin, petroleum, kerosene, dan gas asli.
  • Pembakaran hidrokarbon menghasilkan karbon dioksida, air, tenaga haba dan tenaga cahaya.
  • Air (water) akan terbentuk apabila hidrogen daripada hidrokarbon berpadu dengan oksigen semasa pembakaran.

No comments:

Post a Comment