Monday, February 1, 2016

Nilai Kalori Makanan

Nilai kalori makanan (calorific value of food) ialah jumlah tenaga yang dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap.

Jumlah tenaga dalam sesuatu makanan adalah disukat dalam unit kalori (calorie) atau joule.

Jadual di bawah menunjukkan jumlah tenaga yang terkandung dalam pelbagai jenis makanan.

Jenis Makanan
kJ/100 g makanan
Timun (cucumber)
55
Bayam (spinach)
88
Cendawan / tomato (mushroom / tomato)
92
Kobis (cabbage)
109
Bawang (onion)
110
Betik (papaya)
164
Lobak merah (carrot)
168
Oren (orange)
190
Nanas (pineapple)
197
Epal (apple)
244
Susu (milk)
269
Jambu batu (guava)
290
Ubi kentang (potato)
344
Pisang (banana)
357
Udang segar (fresh prawn)
380
Ikan kembung segar (fresh mackerel)
433
Ubi keledek (sweet potato)
491
Daging kambing (mutton)
630
Telur ayam rebus (hard-boiled egg)
659
Ikan bilis kering (dried anchovies)
937
Telur ayam goreng (fried egg)
945
Daging lembu (beef)
1 010
Roti gandum penuh (wholemeal bread)
1 012
Roti putih biasa (white bread)
1 134
Bijirin (cereal)
1 300
Santan kelapa (coconut milk)
1 306
 Bihun / nasi (rice noodles / rice)
1 512
Minyak kacang tanah (groundnut oil)
1 590
Gula pasir (fine sugar)
1 625
Keju (cheese)
1 672
Kacang tanah (groundnut)
2 293
Ubi kentang goreng (potato chips)
2 386
Mentega (butter)
3 007
Minyak sapi (ghee)
4 200

Jadual di bawah pula menunjukkan nilai kalori bagi kelas makanan karbohidrat, protein, dan lemak.

Kelas Makanan
Nilai Kalori (kJ / g)
Karbohidrat (carbohydrate)
17.2
Protein
22.2
Lemak (fat)
38.5

Pada kebiasaannya, nilai kalori sesuatu makanan itu dinyatakan pada pembungkus makanan tersebut.

Unit kalori makanan boleh ditukarkan ke unit joule seperti berikut:

1 kalori (cal) = 4.2 joule (J)

1 kilokalori (kcal) = 4.2 kilojoule (kJ)

Contoh
  • 7 kalori = 7 × 4.2 = 29.4 joule
  • Jika nilai kalori bubur segera bagi sajian setiap pek = 573 kcal, maka, nilai kalori bubur segera bagi setiap pek dalam joule adalah
    = 573 × 4.2 = 2 406.6 joule.

2 comments: