Friday, January 29, 2016

Kepentingan Gizi Seimbang

Gizi seimbang (balanced diet) ialah makanan yang terdiri daripada semua zat makanan dalam kuantiti yang betul.

Gizi seimbang adalah perlu untuk:
  • Mendapat bekalan tenaga yang mencukupi.
  • Pertumbuhan badan (body growth) yang seimbang.
  • Mengekalkan kesihatan badan.
  • Mengelakkan daripada menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti skurvi (scurvy) dan riket (rickets).

Jumlah tenaga dan gizi yang diperlukan oleh seseorang bergantung pada faktor-faktor berikut:
  • Jantina (sex)
    Lelaki memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan perempuan yang sama umur dan saiz badannya. Ini adalah disebabkan lelaki adalah lebih aktif berbanding perempuan.
  • Umur (age)
    Bayi, kanak-kanak dan remaja memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan orang dewasa atau orang tua (purata denyutan jantung bayi adalah 100 kai seminit berbanding dengan orang dewasa, iaitu 72 kali seminit). Ini adalah kerana golongan bayi, kanak-kanak dan remaja adalah lebih aktif dan proses hidupnya berlaku dengan lebih cepat.
  • Saiz badan (body size)
    Individu yang berbadan besar memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan individu yang berbadan kecil. Ini adalah kerana individu yang berbadan besar memerlukan lebih banyak tenaga untuk proses hidup.
  • Aktiviti fizikal / pekerjaan (physical activity / occupation)
    Individu yang melakukan kerja berat memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan individu yang melakukan kerja ringan. Ini adalah kerana untuk melakukan kerja berat memerlukan lebih banyak tenaga.
  • Cuaca / iklim (weather / climate)
    Individu yang tinggal di kawasan beriklim sejuk memerlukan lebih banyak tenaga berbanding individu yang tinggal di kawasan beriklim panas. Ini adalah kerana individu yang tinggal di kawasan sejuk adalah memerlukan lebih banyak tenaga untuk mengekalkan suhu di kawasan beriklim sejuk.


No comments:

Post a Comment