Wednesday, January 27, 2016

Garam Mineral

Garam mineral (mineral salts) adalah penting bagi pertumbuhan dan perkembangan seseorang manusia.

Walau bagaimanapun, badan seseorang itu hanya memerlukan garam mineral dalam kuantiti yang kecil sahaja bagi pertumbuhan dan perkembangan.

Fungsi garam mineral adalah untuk membantu mengekalkan kesihatan badan dan digunakan dalam sesetengah tindak balas kimia dalam badan.

Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis garam mineral, sumber dan fungsinya, serta kesan akibat kekurangannya.


Garam mineral

Sumber utama
Fungsi
Kesan kekurangan
Kalsium (calsium)
Susu ikan bilis, keju, telur, sayur-sayuran hijau, mentega, tauhu.

a) Pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

b) Membantu dalam pembekuan darah.

Riket, kekejangan otot.
Natrium (sodium)
Garam biasa, keju, daging.

Diperlukan untuk pembentukan bendalir badan seperti plasma darah.

Kekejangan otot, kelesuan, kurang selera makan.
Besi (iron)
Susu, hati, daging, telur, sayur-sayuran hijau.

Membina hemoglobin sel darah merah (bagi pengangkutan oksigen).

Anemia.
Iodin (iodine)
Makanan laut seperti ikan dan udang, rumpai laut, garam beriodin.

Diperlukan untuk penghasilan hormon untuk kelenjar tiroid berfungsi.

Goiter.
Fosforus (phosphorus)
Susu, ikan, telur, sayur-sayuran hijau, keju, mentega.

a) Diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

b) Membantu dalam pembebasan tenaga.

Riket.
Kalium (potassium)
Susu, telur, ikan, daging, pisang, kekacang, bijirin.

a) Diperlukan untuk pengecutan otot.

b) Mengekalkan kepekatan darah dan bendalir tisu badan.

c) Diperlukan oleh saraf dan otot untuk berfungsi.

Kelesuan otot, kekejangan otot.

No comments:

Post a Comment