Saturday, January 2, 2016

Sebatian Silikon

Silikon (silicon) ialah unsur bukan logam yang kedua terbanyak ditemui dalam kerak Bumi (Earth crust).

Silikon tidak ditemui sebagai unsur bebas dalam semula jadi.

Silikon biasanya berpadu dengan unsur lain seperti ligam dan oksigen untuk membentuk sebatian silikon (silicon compound).

Silika (silica) dan silikat (silicate) merupakan sebatian silikon.


Silika

Silika juga dikenali sebagai silikon dioksida (silicon dioxide).

Silika terdiri daripada gabungan unsur silikon dan oksigen mengikut persamaan berikut:


Contoh-contoh silika ialah pasir (sand), kuarza (quartz) dan batu api (flint).


Silikat

Silikat ialah sebatian silikon yang mengandungi unsur silikon, logam, dan oksigen.

Silikat terbentuk apabila silikon bergabung dengan oksigen dan logam.


Contoh-contoh silikat termasuk tanah liat (clay), mika (mica), feldspar, dan asbestos.

Kebanyakan batu perhiasan seperti jed (jade), rubi (ruby), dan topaz adalah silikat.

No comments:

Post a Comment