Sunday, May 10, 2015

Tenaga Geoterma

Tenaga geoterma berasal dari bahagian dalam Bumi.

Geo bermaksud Bumi, manakala terma bermaksud haba.

Stesen penjana elektrik geoterma biasanya dibina di negara yang mempunyai geiser yang memancutkan stim dari bahagian dalam Bumi, contohnya di New Zealand.

Di stesen penjana ini, paip dibina dari bahagian dalam Bumi untuk menyalurkan stim ke permukaan Bumi.

Tekanan tinggi stim digunakan untuk memutarkan turbin (turbine) dan seterusnya ke penjana elektrik (generator) untuk menjana tenaga elektrik (electricity).

Tenaga geoterma (geothermal energy) juga digunakan untuk memanaskan rumah dan kilang.


3 comments:

  1. Saya Sam Andrysen Cikgu Naza.Boleh Saya Nak Tanya Sesuatu Pada Cikgu.Saya Ada Peperiksaan Pada Bulan 10 Ini.Tapi Sains Kami Ada Masuk Bab 5,6 Dan 7 Cikgu.Tapi Saya Tidak Faham Semua Yang Cikgu Berikan.Tetapi Jika Saya Lulus Saya Boleh Lepas Bank Dalam Sains Cikgu.Cikgu Boleh Tak Ajarkan Saya? Kerana Saya Tidak Fokus Apabila Cikgu Sedang Mengajar Cikgu.

    ReplyDelete
  2. mohon pinjam gambar untuk assignment

    ReplyDelete