Vitamin ialah bahan organik yang penting untuk pertumbuhan sihat.
Vitamin diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.
Kekurangan vitamin boleh mengakibatkan penyakit.
Pengambilan vitamin yang berlebihan juga boleh mempengaruhi kesihatan kita secara negatif.
Terdapat dua kelas utama vitamin:
- Vitamin larut air.
- Vitamin larut lemak.
Vitamin A, D, E dan K adalah vitamin yang larut lemak. Vitamin tersebut larut dalam lemak dan tersimpan dalam tisu lemak badan dan dibebaskan secara perlahan-lahan.
Vitamin B dan C pula adalah vitamin yang larut air.
Vitamin yang berlebihan dikeluarkan daripada badan. Oleh itu, pengambilan secara tetap adalah diperlukan.
Vitamin tidak membekalkan tenaga.
Pengambilan vitamin yang tidak mencukupi dalam makanan boleh menyebabkan kekurangan vitamin dan mengakibatkan penyakit kekurangan zat makanan.
Kebanyakan vitamin dimusnahkan oleh haba melalui masakan.
Jadual di bawah menunjukkan sumber utama, fungsi dan kesan kekurangan vitamin.
Vitamin
|
Sumber Utama
|
Fungsi
|
Kesan kekurangan
|
A
|
Susu,
telur, sayuran hijau, ikan, lobak, tomato.
|
a) Memelihara
kesihatan mata dan kulit.
b) Menggalakkan
pertumbuhan.
|
a)Rabun
malam.
b) Kulit
kering dan bersisik.
c) Pertumbuhan
terbantut.
|
B
|
Hati,
kacang, susu, telur, bijirin, yis, sayuran hijau.
|
a) Mengawal
pembebasan tenaga daripada karbohidrat.
b) Memelihara
fungsi sistem saraf.
|
a) Penyakit
beri-beri.
b) Penyakit
saraf.
|
C
|
Buah-buahan
sitrus, tomato, betik, jambu, sayuran.
|
a) Memelihara
kesihatan gusi, gigi dan kulit.
b) Meningkatkan
rintangan terhadap penyakit.
c) Meningkatkan
penyerapan besi dalam badan.
|
a) Penyakit
skurvi (gusi mudah berdarah).
b) Anemia.
|
D
|
Ikan,
telur, susu, hati.
|
Meningkatkan
penyerapan kalsium dan fosforus yang diperlukan untuk membina tulang dan gigi
yang kuat.
|
a) Penyakit
riket.
b) Kecacatan
tulang rangka.
c) Kerosakan
gigi.
|
E
|
Sayuran
hijau, bijirin, minyak kelapa sawit, minyak zaitun.
|
Memelihara
fungsi sistem pembiakan.
|
Kemandulan.
|
K
|
Sayuran
hijau, hati, kuning telur.
|
Membantu
dalam pembekuan darah.
|
Darah
lambat atau tidak membeku.
|
No comments:
Post a Comment