Thursday, December 6, 2012

Vertebrata


Vertebrata (vertebrates) boleh dibahagikan kepada lima (05) kumpulan, iaitu:
  1. Ikan (fish)
  2. Amfibia (amphibians)
  3. Reptilia (reptiles)
  4. Burung (birds)
  5. Mamalia (mammals)

Ciri-ciri vertebrata adalah seperti berikut:

Ikan
  • Hidup dalam air tawar atau laut.
  • Badan ditutup dengan sisik dan sirip berlendir (slimy scales and fins).
  • Sirip gunakan untuk berenang dan mengimbangi badan.
  • Badan berbentuk torpedo (aerodinamik) untuk mengurangkan rintangan air.
  • Bernafas melalui insang (gill).
  • Berdarah sejuk (poikilothermic). Suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran.
  • Bertelur (lay eggs). Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.
  • Persenyawaan (fertilisation) berlaku di luar badan, dimana sperma dan telur bersatu di luar badan ikan betina.
  • Mempunyai garis deria (sensory line) untuk mengesan rangsangan luar (external stimuli).
  • Terdapat beberapa ikan jenis terdiri dari tulang rawan (cartilaginous) seperti jerung.
  • Sesetengah ikan mempunyai beg udara dalam badan untuk lebih mudah terapung.


Amfibia
  • Boleh hidup di atas darat dan di dalam air.
  • Mempunyai kulit yang lembap (moist) dan terdedah yang berfungsi sebagai organ pernafasan tambahan kerana gas meresap dengan mudah ke dalam sel-sel badan.
  • Berdarah sejuk (poikilothermic).
  • Bertelur. Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.
  • Persenyawaan berlaku di luar badan.
  • Berudu (tadpoles) bernafas melalui insang dan hidup dalam air manakala katak dewasa tinggal di atas tanah dan nafas melalui paru-paru serta kulit lembap (moist skin).
  • Mempunyai selaput renang pada kaki untuk membantunya berenang.
  • Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
  • Contoh: katak, kodok, salamander, cicak.


Reptilia
  • Mempunyai kulit yang kering dan bersisik (dry and scaly skin).
  • Sisik melindungi badan reptilia.
  • Bertelur.
  • Persenyawaan berlaku dalam badan reptilia betina, dimana sperma dan telur bersatu di dalam badan reptilia betina.
  • Berdarah sejuk (poikilothermic).
  • Kebanyakannya mempunyai dua pasang kaki, kecuali ular.
  • Bernafas melalui paru-paru (lungs).
  • Mempunyai satu jenis gigi sahaja.
  • Giginya tajam dan berbentuk kon.
  • Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
  • Contoh: buaya, kura-kura, penyu, cicak, ular.


Burung
  • Tinggal di atas darat.
  • Badannya dilindungi oleh bulu pelepah (feathers).
  • Bulu pelepahnya adalah kalis air serta boleh memerangkap haba.
  • Mempunyai sepasang sayap yang boleh laras, dari depan badan. Sayap membolehkannya terbang.
  • Sesetengah burung boleh berenang, seperti itik dan penguin.
  • Bertelur. Telurnya mempunyai cengkerang keras (hard shell).
  • Persenyawaan berlaku di dalam badan.
  • Berdarah panas (homoiothermic). Suhu badan kekal/tetap serta tidak berubah mengikut suhu persekitaran.
  • Bernafas melalui paru-paru.
  • Tidak mempunyai gigi, tetapi menggunakan paruh (beak) untuk mematuk (peck) makanan.
  • Mempunyai kaki bersisik keras serta kuku tajam.
  • Badannya berbentuk aerodinamik untuk mengurangkan rintangan udara semasa terbang.
  • Contoh: burung kiwi, burung merpati, burung helang, burung kakak tua, burung penguin.


Mamalia
  • Kebanyakkannya tinggal di atas darat, kecuali ikan paus dan ikan lumba-lumba yang tinggal di dalam air.
  • Badan diliputi dengan rambut (hair) dan bulu (fur).
  • Kulitnya mempunyai kelenjar peluh (sweat glands).
  • Mempunyai cuping telinga.
  • Berdarah panas.
  • Mamalia betina mempunyai kelenjar susu bagi menyediakan susu untuk anaknya.
  • Persenyawaan berlaku di dalam badan.
  • Melahirkan anak dari rahim mamalia betina, kecuali platypus yang bertelur.
  • Bernafas melalui paru-paru.
  • Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk gigi untuk fungsi yang khusus dan berbeza.
  • Contoh: manusia, monyet, arnab, anjing, lembu, zirafah, ikan paus, kelawar.
  • Beberapa jenis mamalia menunjukkan ciri-ciri yang luar biasa. Contohnya, kelawar mempunyai sepasang sayap, landak mempunyai bulu berduri, platypus bertelur serta mempunyai paruh seperti itik.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu ... atas maklumat di atas .... :) :)

    ReplyDelete