Thursday, December 13, 2012

Saling Bergantung Antara Organisma Hidup

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<

Spesies, populasi, komuniti, habitat dan ekosistem

Ekologi (ecology) ialah kajian berkenaan hubungan antara benda-benda hidup (living things) serta hubungan antara benda-benda hidup dan persekitaran (environment).

Spesies (species) adalah kumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama, serta boleh membiak di kalangan mereka bagi menghasilkan keturunan.

Populasi / kependudukan (population) adalah kumpulan organisma daripada spesies yang sama yang hidup di dalam habitat yang sama. Salah satu contoh populasi adalah populasi belalang di sebuah padang.

Komuniti / masyarakat (community) terdiri daripada beberapa jenis populasi bebas daripada organisma, yang hidup dan tinggal bersama-sama dalam satu habitat. Sebagai contoh, komuniti sesebuah kolam (pond) adalah terdiri daripada semua mikroorganisma, tumbuhan air dan haiwan yang hidup di dalam kolam tersebut.

Habitat adalah tempat tinggal semulajadi sesuatu organisma.

Organisma mendapatkan makanan serta perlindungan dari segala apa yang ada dan terdapat di dalam habitat mereka.

Semua organisma yang hidup di dalam sesuatu habitat berinteraksi (interact) bagi mengekalkan keseimbangan (maintain balance) di dalam habitat tersebut.

Ekosistem (ecosystem) terdiri daripada satu organisma yang berinteraksi dengan satu sama lain juga dengan benda yang bukan hidup yang berada di sekitar mereka.


Keseimbangan persekitaran

Persekitaran organisma adalah termasuk semua faktor-faktor yang hidup dan bukan hidup yang mempengaruhi kehidupannya.

Organisma hidup adalah saling bergantung. Contoh saling bergantung antara hidupan adalah seperti berikut:
  1. Bekalan gas.
    - Manusia dan haiwan mendapatkan gas oksigen untuk pernafasan daripada tumbuh-tumbuhan hijau yang menjalankan fotosintesis.
    - Tumbuhan hijau mendapatkan gas karbon dioksida untuk fotosintesis daripada manusia dan haiwan apabila mereka bernafas.
  2. Sumber makanan.
    - Tumbuhan adalah sumber makanan yang utama bagi haiwan dan manusia. 
    - Haiwan juga adalah sumber makanan kepada manusia dan haiwan-haiwan lain.
  3. Perlindungan.
    - Haiwan seperti monyet dan burung adalah saling bergantung untuk mendapat perlindungan (pokok).
    - Tumbuhan seperti pakis dan lumut juga bergantung pada tumbuhan lain atau pokok untuk menjadi tuan rumah.

Contoh saling bergantung antara benda hidup dan benda bukan hidup, adalah:
  1. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari (sunlight) dan karbon dioksida untuk menjalankan fotosintesis (photosynthesis).
  2. Bumi (tanah), air dan mineral terlarut adalah diperlukan untuk tumbesaran tanaman.
  3. Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk bernafas.

Satu ekosistem dikatakan seimbang jika ianya terdapat benda-benda hidup dan benda bukan hidup, yang sentiasa berkekalan.

Benda hidup dan benda bukan hidup berinteraksi antara satu sama lain bagi mengekalkan ekosistem yang seimbang.

Suatu ekosistem yang seimbang (balanced ecosystem) adalah juga bermakna suatu persekitaran yang seimbang (balanced environment).


2 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu, Blh x cikgu bgi jawapan Soalan ni.

    1. Bagaimanakah populasi yang berlainan mendapat makanan

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cg,tq sebab sertakan gambar sekali.:)

    ReplyDelete

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers