Vertebrata (vertebrates) boleh dibahagikan kepada lima (05) kumpulan, iaitu:
- Ikan (fish)
- Amfibia (amphibians)
- Reptilia (reptiles)
- Burung (birds)
- Mamalia (mammals)
Ciri-ciri vertebrata adalah seperti berikut:
- Hidup dalam air tawar atau laut.
- Badan ditutup dengan sisik dan sirip berlendir (slimy scales and fins).
- Sirip gunakan untuk berenang dan mengimbangi badan.
- Badan berbentuk torpedo (aerodinamik) untuk mengurangkan rintangan air.
- Bernafas melalui insang (gill).
- Berdarah sejuk (poikilothermic). Suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran.
- Bertelur (lay eggs). Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.
- Persenyawaan (fertilisation) berlaku di luar badan, dimana sperma dan telur bersatu di luar badan ikan betina.
- Mempunyai garis deria (sensory line) untuk mengesan rangsangan luar (external stimuli).
- Terdapat beberapa ikan jenis terdiri dari tulang rawan (cartilaginous) seperti jerung.
- Sesetengah ikan mempunyai beg udara dalam badan untuk lebih mudah terapung.
Amfibia
- Boleh hidup di atas darat dan di dalam air.
- Mempunyai kulit yang lembap (moist) dan terdedah yang berfungsi sebagai organ pernafasan tambahan kerana gas meresap dengan mudah ke dalam sel-sel badan.
- Berdarah sejuk (poikilothermic).
- Bertelur. Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.
- Persenyawaan berlaku di luar badan.
- Berudu (tadpoles) bernafas melalui insang dan hidup dalam air manakala katak dewasa tinggal di atas tanah dan nafas melalui paru-paru serta kulit lembap (moist skin).
- Mempunyai selaput renang pada kaki untuk membantunya berenang.
- Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
- Contoh: katak, kodok, salamander, cicak.
Reptilia
- Mempunyai kulit yang kering dan bersisik (dry and scaly skin).
- Sisik melindungi badan reptilia.
- Bertelur.
- Persenyawaan berlaku dalam badan reptilia betina, dimana sperma dan telur bersatu di dalam badan reptilia betina.
- Berdarah sejuk (poikilothermic).
- Kebanyakannya mempunyai dua pasang kaki, kecuali ular.
- Bernafas melalui paru-paru (lungs).
- Mempunyai satu jenis gigi sahaja.
- Giginya tajam dan berbentuk kon.
- Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
- Contoh: buaya, kura-kura, penyu, cicak, ular.
Burung
- Tinggal di atas darat.
- Badannya dilindungi oleh bulu pelepah (feathers).
- Bulu pelepahnya adalah kalis air serta boleh memerangkap haba.
- Mempunyai sepasang sayap yang boleh laras, dari depan badan. Sayap membolehkannya terbang.
- Sesetengah burung boleh berenang, seperti itik dan penguin.
- Bertelur. Telurnya mempunyai cengkerang keras (hard shell).
- Persenyawaan berlaku di dalam badan.
- Berdarah panas (homoiothermic). Suhu badan kekal/tetap serta tidak berubah mengikut suhu persekitaran.
- Bernafas melalui paru-paru.
- Tidak mempunyai gigi, tetapi menggunakan paruh (beak) untuk mematuk (peck) makanan.
- Mempunyai kaki bersisik keras serta kuku tajam.
- Badannya berbentuk aerodinamik untuk mengurangkan rintangan udara semasa terbang.
- Contoh: burung kiwi, burung merpati, burung helang, burung kakak tua, burung penguin.
Mamalia
- Kebanyakkannya tinggal di atas darat, kecuali ikan paus dan ikan lumba-lumba yang tinggal di dalam air.
- Badan diliputi dengan rambut (hair) dan bulu (fur).
- Kulitnya mempunyai kelenjar peluh (sweat glands).
- Mempunyai cuping telinga.
- Berdarah panas.
- Mamalia betina mempunyai kelenjar susu bagi menyediakan susu untuk anaknya.
- Persenyawaan berlaku di dalam badan.
- Melahirkan anak dari rahim mamalia betina, kecuali platypus yang bertelur.
- Bernafas melalui paru-paru.
- Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk gigi untuk fungsi yang khusus dan berbeza.
- Contoh: manusia, monyet, arnab, anjing, lembu, zirafah, ikan paus, kelawar.
- Beberapa jenis mamalia menunjukkan ciri-ciri yang luar biasa. Contohnya, kelawar mempunyai sepasang sayap, landak mempunyai bulu berduri, platypus bertelur serta mempunyai paruh seperti itik.






