Showing posts with label Bab 8 Tingkatan 3. Show all posts
Showing posts with label Bab 8 Tingkatan 3. Show all posts

Wednesday, December 9, 2015

Jenis-jenis Penjana Tenaga Elektrik

Terdapat pelbagai jenis penjana tenaga elektrik. Antaranya ialah:
  • Penjana elektrik terma (thermal generator).
  • Penjana elektrik hidro (hydroelectric generator).
  • Penjana elektrik diesel (diesel generator)
  • Penjaga elektrik nuklear (nuclear generator).
  • Penjana elektrik turbin gas (gas turbine generator).

Secara amnya, semua penjana tenaga elektrik tersebut menggunakan prinsip penjanaan yang sama.

Model dinamo dan prinsip am penjanaan.


Dinamo (dynamo) adalah satu alat yang digunakan untuk menghasilkan arus elektrik. Garis daya magnet (magnetic lines of force) dipotong oleh gegelung dawai menghasilkan arus elektrik pada penjana dinamo.

Friday, February 13, 2015

Penjanaan Tenaga Elekrik

Penjanaan tenaga elektrik (generation of electricity energy) dalam penjana elektrik adalah berdasarkan kepada prinsip putaran elektromagnet dalam gegelung wayar (wire coil).

Elektromagnet yang berputar dikenali sebagai 'rotor' (pemutar), manakala gegelung wayar pegun dikenali sebagai 'stator' (pemegun).

Apabila 'rotor' berputar pada 'stator', medan magnet pada 'rotor' akan dilintasi oleh wayar 'stator', dan arus dihasilkan.
Terdapat beberapa cara untuk menjana tenaga elektrik, antaranya yang terdapat di Malaysia adalah menggunakan penjana haba (thermal), hidro, diesel dan turbin gas.

Jadual di bawah menunjukkan peratusan cara penjanaan tenaga elektrik di Malaysia.

Penjana Elektrik
Peratusan (%)
Haba (thermal)
65
Hidro
26
Turbin gas
6
Diesel
3