Showing posts with label Bab 7 Tingkatan 3. Show all posts
Showing posts with label Bab 7 Tingkatan 3. Show all posts

Tuesday, December 8, 2015

Sumber Tenaga Elektrik

Tenaga elektrik (electrical energy) adalah tenaga yang terhasil apabila arus elektrik mengalir.

Sumber tenaga elektrik (a source of electrical energy) ialah sebarang alat yang dapat menghasilkan cas-cas elektrik atau arus elektrik.

Sel kering (dry cells) ialah sejenis sel kimia yang paling meluas digunakan dalam alat elektrik seperti radio, lampu suluh, dan jam. Sel kering membekalkan 1.5 V.

Akumulator (accumulator) ialah bateri yang digunakan dalam kenderaan seperti kereta, lori motorsikal, van, dan bas.

Akumulator digunakan untuk menghidupkan enjin kenderaan dan menyalakan lampu kenderaan.

Dinamo (dynamo) terdapat pada basikal dan menghasilkan tenaga elektrik apabila basikal dikayuh.

Tenaga suria (solar energy) juga boleh diubah kepada tenaga elektrik. Antara peralatan yang menggunakan sel suria (solar cell) adalah seperti kalkulator, jam tangan, dan lain-lain lagi.


Monday, June 29, 2015

Pengesanan Cas Elektrik

Bahan yang bercas dapat dikesan dengan menggunakan elektroskop.

Elektroskop (electroscope) digunakan untuk mengesan cas elektrik yang kecil atau cas-cas elektrik statik.

Elektroskop.

  • Elektroskop terdiri daripada satu kotak logam (metal box) dengan tingkap kaca (glass windows).
  • Ceper logamnya (metal disc) disambungkan kepada rod logam (metal rod).
  • Sehelai kerajang emas (gold leaf) dilekatkan pada bahagian bawah rod logam.
  • Penebat (insulator) mencegah cas-cas daripada mengalir dari rod logam ke kotak logam.

Sebelum digunakan, elektroskop perlu dibumikan (earthed) dengan menyentuh ceper logamnya dengan jari. Hal ini bertujuan untuk meneutralkan elektroskop.

Apabila bahan yang bercas dibawa dekat kepada ceper logam elektroskop, kerajang emasnya akan mencapah (diverge).

Kerajang emas mencapah apabila bahan yang 
bercas dibawa berdekatan dengannya.

Apabila bahan yang tidak bercas (neutral) dibawa dekat kepada ceper logam elektroskop, kerajang emasnya tidak akan mencapah.

Kerajang emas tidak mencapah apabila bahan yang 
tidak bercas dibawa berdekatan dengannya.

Sunday, May 3, 2015

Menghasilkan Cas Elektrik Statik

Cas elektrik statik (static electric charges) dapat dihasilkan pada objek yang neutral dengan menggosokkannya dengan satu bahan yang lain seperti kain berbulu (woollen cloth) atau kain sutera (silk cloth).

Apabila dua bahan yang berlainan digosok, pemindahan elektron (transfer of electrons) berlaku. Salah satu bahan menerima elektron (receives electrons), manakala satu bahan lagi kehilangan elektron (loses electrons).

Mengecas suatu bahan dengan cara menggosok.

Bahan yang menerima elektron menjadi bercas negatif kerana mempunyai lebih banyak elektron daripada proton.

Bahan yang kehilangan elektron menjadi bercas positif kerana mempunyai lebih banyak proton daripada elektron.

Suatu objek adalah neutral jika bilangan cas positif (proton) dan cas negatif (elektron) adalah sama.

Contoh bahan yang mudah dicaskan ialah selulosa asetat (cellulose acetate) dan politena (polythene).

Jenis cas yang terhasil bergantung pada jenis bahan yang digosok bersama-samanya.

Objek yang bercas dapat menarik objek yang tidak bercas.

Bahan dicas positif
Bahan dicas negatif
Kaca
Kain sutera
Selulosa asetat
Kain sutera, kain bulu
Kain sutera
Getah keras
Getah (belon)
Nilon
Kain bulu
Getah (belon), politena
Bahan yang dicas positif dan negatif selepas digosokkan bersama.

Tuesday, December 25, 2012

Cas Elektrik Statik


Semua jirim (matter) adalah darpada zarah halus/seni yang dipanggil atom.

Struktur atom

Struktur atom.

  • Atom mengandungi zarah proton, neutron dan elektron. Proton dan neutron membentuk nukleus atom, manakala elektron pula bergerak mengelilingi nukleus (nucleus).
  • Proton dan elektron mempunyai cas elektrik, manakala neutron tidak mempunyai cas elektrik.
  • Proton bercas positif (+) dan elektron bercas negatif (-).
  • Atom mengandungi jumlah proton dan elektron yang sama, menjadikan ianya seimbang. Oleh itu, suatu atom itu tidak mempunyai cas elektrik.

Suatu atom itu akan mempunyai cas apabila terdapat pemindahan elektron.
  • Suatu objek itu adalah neutral jika atomnya mempunyai jumlah proton yang sama dengan elektron.
  • Suatu objek itu bercas positif jika atomnya mempunyai jumlah proton yang melebihi jumlah elektron.
  • Suatu objek itu bercas negatif jika atomnya mempunyai jumlah elektron yang melebihi jumlah proton.

Pemindahan elektron menyebabkan dua jenis fenomena elektrik:
  1. Elektrik statik (static electricity), fenomena dimana cas adalah statik/tidak bergerak.
  2. Arus elektrik (current electricity), fenomena dimana cas adalah bergerak.

Elektrostatik (electrostatics) adalah kajian mengenai cas elektrik statik atau cas elektrik pada keadaan rehat (tidak bergerak).