Tuesday, November 24, 2015

Kepentingan Menjaga dan Mengekalkan Kesihatan Ginjal

Dalam keadaan biasa, bahan-bahan seperti protein (asid amino) dan glukosa tidak dijumpai dalam air kencing.

Jika glukosa dapat dikesan dalam air kencing, besar kemungkinan seseorang itu mengalami penyakit kencing manis (diabetes).

Jika ginjal (kidneys) tidak dapat berfungsi dengan baik, bahan toksik dan air dalam darah akan berkumpul dan ini boleh membawa maut.

Jadual di bawah menunjukkan kandungan bahan dalam plasma darah berbanding dengan kandungan bahan dalam air kencing.


Bahan


Plasma darah
(%)

Air kencing
(%)


Air


92.0

96.0

Glukosa


0.1

0

Protein (asid amino)


7.0

0

Garam mineral (seperti natrium klorida)


0.4

1.2

Urea


0.03

2.0

Ginjal akan berfungsi dengan baik jika kita:
  • Minum air bersih dengan banyak.
  • Elakkan diri daripada mengambil minuman keras.
  • Elakkan atau kurangkan minum minuman bergas (carbonated drinks).
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi.

Jika ginjal seseorang tidak dapat berfungsi dengan baik atau rosak, orang itu perlu mendapatkan rawatan dengan mengambil ubat yang diberikan oleh doktor.

Seseorang pesakit yang ginjalnya dalam keadaan yang teruk perlu menerima rawatan dialisis ginjal (kidneys dialysis treatment) dengan menggunakan mesin dialisis untuk mengeluarkan bahan toksik daripada badan.

Mesin dialisis (dialysis machine) berfungsi seperti ginjal tiruan (an artificial kidneys). Darah pesakit dialirkan ke dalam mesin, ditapis (urea dan garam mineral berlebihan) dan dialirkan semula ke dalam badan pesakit.

Dalam keadaan tertentu, pesakit perlu mendapatkan rawatan dialisis ginjal tiga kali seminggu, beberapa jam setiap kali.

Berikut adalah peringkat-peringkat semasa proses dialisis dijalankan:
  1. Darah dari arteri (artery) mengalir melalui salur yang dirandam di dalam cecair dialisis (larutan garam)
  2. Bahan buangan (urea dan garam mineral berlebihan meresap keluar dari darah ke dalam cecair dialisis melalui liang-liang (tiny pores) pada salur. Salur tersebut adalah membran separa telap (partially permeable membranes).
  3. Darah yang telah ditapis mengalir kembali ke dalam vena (vein) pesakit.

Rawatan dialisis.

2 comments:

  1. Good morning Cikgu Naza.I have done a few pt3 questions but I don't have the answers.Can you help check the answers for the questions?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please leave a message @ https://www.facebook.com/cikgunaza

      Thank you.

      Delete