Thursday, November 12, 2015

Tindakan Logam Dengan Oksigen

Kebanyakan logam bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk oksida logam (metal oxide).


Contoh:


Logam yang berlainan bertindak balas dengan oksigen mengikut kereaktifan (reactivity) yang berbeza.

Logam seperti kalium dan natrium sangat aktif dan mudah berpadu dengan oksigen walaupun terdedah kepada udara sahaja.


Logam seperti emas (gold) dan perak (silver) bertindak sangat perlahan dengan oksigen.

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kereaktifan tindak balas antara logam dengan oksigen.


Logam

Pemerhatian tindak balas logam dengan oksigen


Kereaktifan tindak balas


Persamaan tindak balas

Magnesium

Terbakar dengan api putih berkilauan


Sangat cergas

Magnesium + oksigen Magnesium oksida

Aluminium

Terbakar dengan nyalaan yang terang


Sangat cergas

Aluminium + oksigen Aluminium oksida

Zink

Nyalaan terang merebak secara perlahan


Cergas

Zink + oksigen Zink oksida

Besi

Baraan merebak secara perlahan


Cergas

Besi + oksigen Besi oksida

Plumbum

Baraan panas merah


Kurang cergas

Plumbum + oksigen Plumbum oksida


Kuprum

Baraan malap

Kurang cergas

Kuprum + oksigen Kuprum oksida


2 comments:

  1. Good day Cikgu Naza.I am a PT3 student.Can you be my online science tutor?Hope to hear from you soon.My email: sgananaathaa@yes.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sathya gana... just follow my blog... if any question, please drop at related post/topic or http://www.facebook.com/cikgunaza . Tq.

      Delete