Kebanyakan mineral masih kekal wujud dan tidak berubah dalam kerak Bumi (Earth crust) kerana mineral biasanya keras (hard) dan tidak larut (do not dissolve) dalam air.
Sifat sesuatu mineral bergantung kepada kandungan dan susunan atom dalam mineral tersebut.
Sifat mineral boleh dibahagikan kepada:
- Sifat fizik (physical characteristics) seperti warna, kekerasan, kekilauan, dan bentuk hablur.
- Sifat kimia (chemical characteristics) seperti keterlarutannya dalam air, tindak balas secara kimia dan tindakan haba ke atasnya.
Mineral semula jadi
|
Warna
|
Hematit (hematite)
|
Perang
|
Malakit (malachite)
|
Hijau
|
Bauksit (bauxite)
|
Putih
|
Kasiterit (cassiterite)
|
Hitam
|
Galena
|
Kelabu
|
Pirit besi (iron pyrite)
|
Hitam
|
Batu kapur (limestone)
|
Putih
|
Warna-warna mineral.
Sifat Fizik Mineral
Mineral mempunyai warna yang berlainan.
Kekerasan (hardness) mineral merujuk kepada ketahanan terhadap hakisan (erosion) atau goresan (scratches).
Mineral yang keras dapat menggores mineral yang kurang keras.
Pada amnya, semua oksida, sulfida dan karbonat logam adalah mineral yang keras.
Kebanyakan mineral wujud dalam bentuk hablur (crystals). Setiap hablur mempunyai rupa bentuk yang sama.
Sifat Kimia Mineral
Kebanyakan mineral adalah tidak larut (do not dissolve) dalam air.
Mineral seperti oksida logam dan silikat biasanya tidak terurai (do not decompose) oleh haba.
Sesetengah mineral seperti karbonat dan sulfida logam mudah diuraikan dengan cara pemanasan. Tindakan haba dapat menguraikan sebatian itu kepada unsurnya atau sebatian lain.
Tindakan haba ke atas karbonat logam
Haba dapat menguraikan karbonat logam kepada oksida logam dan membebaskan karbon dioksida seperti yang ditunjukkan dalam persamaan berikut.
Sebagai contohnya,
Gas karbon dioksida yang terbebas dapat diuji dengan menggunakan air kapur (lime water). Air kapur akan menjadi keruh (cloudy) jika terdapatnya gas karbon dioksida.
Tindakan haba ke atas sulfida logam
Hampir semua sulfida logam terurai apabila dipanaskan untuk membebaskan gas sulfur dioksida dan membentuk oksida logam seperti persamaan berikut.
Sebagai contohnya,
Gas sulfur dioksida ialah gas berasid yang dapat diuji dengan
- Larutan kalium manganat (VII) berasid. Gas ini melunturkan (bleaches) warna ungu (purple) larutan itu.
- Larutan kalium dikromat (VI) berasid. Gas ini menukarkan warna jingga (orange-coloured) larutan kepada hijau (green).
No comments:
Post a Comment