Ginjal (kidneys) terletak di sebelah kiri dan kanan bahagian dinding belakang rongga abdomen.
Ginjal manusia berwarna merah tua (dark red) dan berbentuk seperti kacang (bean-shaped).
Struktur dalam ginjal dibahagi kepada:
- Bahagian luar yang dinamakan korteks (cortex).
- Bahagian dalam yang dinamakan medula (medulla).
Medula ginjal berbentuk piramid (pyramid-shaped).
Pelvis ginjal merupakan bahagian permulaan ureter.
Fungsi ginjal adalah termasuk:
- Menyingkirkan air dan menapis garam mineral berlebihan daripada badan.
- Mengawal kuantiti air dan garam mineral dalam badan.
- Mengawal kepekatan darah.
- Membantu menyingkirkan bahan-bahan bernitrogen seperti urea dan asid urik daripada badan.
Keratan membujur ginjal manusia.
No comments:
Post a Comment