Monday, February 23, 2015

Oksigen Diperlukan Untuk Respirasi

Respirasi adalah satu proses yang melibatkan penyedutan (inhalation) dan penghembusan keluar (exhalation) udara.

Udara yang disedut ke dalam badan dipanggil udara yang disedut (inhaled air).

Udara yang dihembus keluar dari tubuh dipanggil udara hembusan (exhaled air).

Respirasi sel (cellular respiration) berlaku apabila oksigen dari udara yang disedut dioksidakan (oxidises) di dalam sel-sel.

Semasa respirasi sel berlaku, oksigen digunakan, manakala karbon dioksida dan wap air dilepaskan/dibebaskan.

Jadual berikut membandingkan komposisi antara udara yang disedut dan udara hembusan.


Oksigen diperlukan untuk respirasi:
  • Oksigen yang disedut akan dilarutkan (dissolved) pada permukaan alveolus yang lembap.
  • Oksigen akan diserap (absorbed) ke dalam kapilari darah melalui dinding alveolus yang nipis.
  • Oksigen akan diangkut (transported) oleh sel-sel darah merah ke sel-sel badan yang lain untuk proses respirasi.
  • Pada masa yang sama, karbon dioksida dan wap air daripada kapilari darah akan diserap ke dalam alveolus.
  • Karbon dioksida dan air akan disingkir (expelled out) keluar dari tubuh/badan apabila udara dihembus keluar.

Organisma akuatik seperti ikan dan rumpai air (water weeds) mendapatkan oksigen terlarut di dalam air untuk respirasi.

Kandungan oksigen di dalam air (water) adalah lebih kurang 0.7%, manakala kandungan oksigen di dalam udara adalah lebih kurang 21%. 

Haiwan akuatik seperti ikan dan udang menggunakan insang (gills) untuk menyerap oksigen dan membebaskan karbon dioksida ke dalam air.

Tanpa oksigen, semua organisma akuatik akan mati kerana respirasi sel tidak berlaku.

No comments:

Post a Comment