Tuesday, December 18, 2012

Perkumuhan Manusia


Apabila tindak balas kimia berlaku didalam sel-sel, bahan buangan (waste material) dihasilkan.

Bahan buangan ini adalah tidak berguna serta boleh bertukar menjadi toksik (toxic) jika terkumpul di dalam sel-sel badan.

Oleh itu, bahan-bahan buangan mesti dikeluarkan daripada badan untuk memastikan kesihatan yang baik bagi organisma.

Proses menghapuskan bahan buangan daripada badan dikenali sebagai perkumuhan.

Dengan kata lain, perkumuhan (excretion) adalah proses di mana organisma menyingkirkan bahan-bahan buangan daripada badannya.

Sistem perkumuhan manusia (human excretion system) terdiri daripada:
  1. Sistem penghadaman (digestive system) untuk menyingkirkan air dan makanan yang terhadam melalui usus besar (intestine).

  2. Sistem pernafasan (respiratory system) untuk menyingkirkan karbon dioksida dan air dengan gabungan sistem peredaran darah (circulatory system).

  3. Sistem urinari / kencing (urinary system) untuk menyingkirkan air yang berlebihan, bahan buangan metabolik dan garam.


Organ perkumuhan manusia

Organ perkumuhan melaksanakan perkumuhan di dalam badan kita.

Manusia mempunyai tiga jenis organ perkumuhan, iaitu kulit (skin), paru-paru (lung) dan buah pinggang (kidney).

Bahan buangan dikeluarkan melalui organ perkumuhan dikenali sebagai bahan perkumuhan / kumuh (excretory materials).
Organ perkumuhan manusia.


Bahan perkumuhan manusia
  1. Air, yang merupakan produk respirasi sel dan lebihan air yang diserap daripada makanan di dalam usus besar (large intestine).

  2. Karbon dioksida, yang merupakan bahan buangan daripada proses respirasi sel.

  3. Garam mineral seperti garam/natrium klorida (sodium chloride) yang berlebihan dalam makanan.

  4. Urea, yang merupakan bahan bernitrogen yang dihasilkan daripada penguraian lebihan protein di dalam hati (liver).
Jadual di bawah menunjukkan tentang bahan perkumuhan yang dikeluarkan oleh organ perkumuhan manusia.

Organ perkumuhan
Bahan perkumuhan
Kaedah perkumuhan
Air
Urea
Garam
mineral
Karbon
dioksida
Kulit
/
/
/
X
Menghasilkan peluh
Paru-paru
/
X
X
/
Melepaskan wap air
Buah pinggang
/
/
/
X
Menghasilkan urin


Kepentingan perkumuhan
  1. Untuk mengekalkan kesihatan. Hasil perkumuhan seperti urea boleh meracuni sel hidup jika dibiarkan terkumpul di dalam badan.

  2. Untuk mengawal kepekatan darah. Kepekatan garam yang tinggi di dalam badan, boleh meningkatkan kepekatan darah.

  3. Untuk mengawal suhu badan. Penyejatan peluh pada kulit boleh menyejukkan badan.

5 comments: