Sunday, December 16, 2012

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Udara


Tekanan udara bergantung kepada dua faktor utama, iaitu
  1. Isipadu gas.
    Jika bilangan molekul per unit isipadu (volume) gas adalah lebih besar, kekerapan perlanggaran (collision) molekul gas terhadap dinding bekas juga meningkat. Oleh itu, tekanan udara juga akan meningkat.

  2. Suhu gas. 
    Pada suhu (temperature) tinggi, molekul gas bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi. Hasilnya, kekerapan perlanggaran molekul gas terhadap dinding bekasnya juga meningkat.

Tekanan udara yang disebabkan oleh atmosfera (lapisan udara yang mengelilingi Bumi) dipanggil tekanan atmosfera (atmospheric pressure).

Tekanan atmosfera tidak dipengaruhi oleh luas permukaan (surface area) sesuatu objek. Ia bergantung pada ketinggian objek tersebut dari paras laut (sea level).

Semakin tinggi sesuatu objek itu dari aras laut (atmosfera semakin menipis), maka tekanan atmosfera adalah lebih rendah.

Barometer adalah peralatan (instrument) yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera.

Barometer.

No comments:

Post a Comment