Thursday, October 11, 2012

Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi

Kepentingan air kepada manusia dan haiwan
  • Melarutkan (dissolves) bahan makanan dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut (transported) oleh darah ke sel-sel yang memerlukan.
  • Melarutkan bahan buangan (waste products) seperti urea untuk disingkirkan (expelled) dari sel-sel badan.
  • Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37°C. Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh (sweat) dan air kencing (urine). Penyejatan (evaporation) peluh akan menyejukkan permukaan kulit.
  • Mengawal kepekatan (thickness) darah supaya darah mudah untuk dipam oleh jantung ke seluruh badan.
  • Sebagai medium bagi membolehkan proses-proses kimia dan metabolisma berlaku didalam sel-sel badan.

Kepentingan air kepada tumbuh-tumbuhan
  • Membantu proses fotosintesis (photosynthesis) pada tumbuh-tumbuhan hijau dan percambahan (germination) biji benih dan spora.
  • Melarutkan garam-garam mineral (mineral salts) dan bahan-bahan makanan yang akan diangkut ke bahagian-bahagian lain tumbuhan tersebut.
  • Mengekalkan kesegaran sel tumbuhan.
  • Memberikan sokongan keapungan (buoyancy support) kepada tumbuh-tumbuhan akuatik (aquatic) seperti Elodea, Cabomba, dan Hydrilla.
  • Menyejukkan tumbuhan melalui proses transpirasi (penyejatan air pada permukaan daun melalui stoma).
Air (water) juga penting kepada manusia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, perkapalan dan pengangkutan, penjanaan kuasa, pengairan, rekreasi, memasak, minum, dan juga membasuh.

Kepentingan udara kepada manusia
  • Udara mengandungi oksigen yang mana ianya penting (vital) untuk pernafasan.
  • Karbon dioksida didalam udara amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan bagi menjalankan fotosintesis yang mana ianya penting untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan (growth of plants). Ini amatlah penting bagi manusia kerana tumbuh-tumbuhan adalah sumber makanan bagi manusia.
  • Oksigen juga diperlukan untuk tujuan pembakaran (combustion).

Kepentingan tanah (soil) kepada tumbuh-tumbuhan
  • Tumbuhan memerlukan air dan mineral untuk membesar (grow). Tanpa air didalam tanah (soil), mineral tidak boleh dilarutkan (dissolve), dan ianya akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan sesuatu tumbuhan itu terbantut (stunted).
  • Akar tumbuhan memerlukan udara didalam tanah bagi menjalankan respirasi (respiration).

Kepentingan tanah (soil) kepada haiwan
  • Tanah (soil) adalah habitat (habitat semula jadi) bagi makhluk-makhluk kecil seperti semut, larva serangga, bakteria, dan cacing tanah.
  • Makhluk-makhluk ini boleh hidup di dalam tanah kerana terdapat air dan udara yang terperangkap didalam gumpalan tanah.

Kepentingan tanah (land) kepada manusia
  • Untuk menjalankan aktiviti penternakan (livestock) dan pertanian (agricultural).
  • Untuk menghasilkan kraftangan daripada tanah liat (clay) dan kaca (glass).
  • Sebagai tapak pembinaan bagi kawasan perumahan, bangunan, dan kilang-kilang.
  • Sebagai sumber untuk bekalan bahan api (fuels) seperti petroleum, gas asli (natural gas), dan arang batu (coal).
  • Sebagai sumber utama untuk pelbagai bahan-bahan kimia dan mineral.
  • Untuk pengekstrakan logam-logam seperti timah (tin), emas (gold), dan besi (iron). Logam-logam adalah bahan utama dalam pembinaan bangunan-bangunan dan jentera.

Bahan api digunakan untuk menjalankan jentera dan enjin kenderaan bagi membantu meringankan buruh manusia.

Kepentingan benda hidup (living thing) kepada manusia
  • Benda-benda hidup menyediakan makanan yang diperlukan bagi membekalkan tenaga untuk menjalankan kerja dan aktiviti harian, untuk menjaga kesihatan dan tumbesaran badan dan untuk pembiakan.
  • Pakaian yang dihasilkan daripada benda-benda hidup diperlukan bagi memanaskan badan serta melindungi diri dari sejuk dan hujan.
  • Bahan binaan dari benda-benda hidup diperlukan bagi membina rumah dan bangunan-bangunan untuk perlindungan daripada cuaca melampau, dan juga untuk membuat perabot, kraftangan dan kapal-kapal.



4 comments:

  1. assalamualaikum cikgu,,
    boleh tak cikgu ringkaskan maksud dan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber bumi?

    ReplyDelete
  2. Cikgu jangan dengar cakap CapitalNFN! Sila panjangkan. Senang Sket Sya nak Faham.

    CapitalNFN Gurau jep...

    ReplyDelete
  3. CIKGU, APA MAKSUD PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ?

    ReplyDelete