Friday, October 12, 2012

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Kita bergantung kepada sumber-sumber di sekeliling untuk terus hidup.

Oleh itu, kita perlu memelihara (preserve) / menjaga dan melindungi, serta memulihara (conserve) sumber Bumi bagi memastikan bahawa sumber-sumber tersebut kekal dalam keadaan yang baik.

Kepentingan memelihara dan memulihara sumber Bumi
  1. Untuk mengelakkan organisma-organisma seperti harimau dan tumbuh-tumbuhan tertentu daripada ancaman kepupusan (extinction).
  2. Untuk memastikan bahawa komposisi gas di udara kekal seimbang.
  3. Untuk memastikan bahawa bekalan keperluan asas manusia tidak terjejas (not jeopardized).
  4. Untuk memastikan bahawa bekalan logam (metal) dan bukan logam (non-metal) di dalam kerak Bumi (Earth's crust) tidak kehabisan (not depleted).

Langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara sumber-sumber Bumi
  1. Mengamalkan sikap berjimat cermat (thrifty attitude), berhati-hati dan berekonomi apabila menggunakan sumber-sumber Bumi.
  2. Amalkan kitar semula (recycling), yang mana ianya adalah untuk memproses semula bahan buangan (waste products) seperti kaca, plastik dan logam timah menjadi bahan baru.
  3. Amalkan penggunaan semula (reusing), yang mana ianya adalah menggunakan semula bahan-bahan seperti kertas bagi melambatkan penggunaan sumber semula jadi tersebut.
  4. Cari sumber alternatif (pilihan) untuk menggantikan sumber yang terancam atau semakin berkurangan. Sebagai contoh, petroleum dan gas asli.


11 comments:

  1. Ringkas..Tapi berguna.. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. saya guna yaaa . terima kasih .

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. cikguuu ! ahh , huraian nyaa tak da kee ? hummm ..

    ReplyDelete
  5. nasib baik ade tempat niee..klau x saye dh x tau nk cri maklumat kt mne lgi dh untk pbs sain band 6 saye niee..

    ReplyDelete
  6. thanks , cikgu .. saye copy boleh kan ?

    ReplyDelete
  7. huraian tkde k???huhuhu..sedihnyerr...

    ReplyDelete

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers