Tuesday, July 10, 2012

Tenaga Kimia

Tenaga kimia (chemical energy) adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan-bahan kimia.

Apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia (chemical reaction), tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan ditukarkan kepada bentuk tenaga.

Tenaga kimia didapati pada bahan api (fuels) seperti petroleum, gas metana, lilin, arang batu dan kayu; makanan (food) seperti beras, daging, buah-buahan dan jagung; sel-sel elektrokimia (electrochemical cells) seperti bateri sel kering dan akumulator.

Semasa pembakaran (combustion), tenaga kimia yang tersimpan di dalam bahan api akan dibebaskan dalam bentuk haba dan cahaya (heat and light).

Dalam pengoksidaan makanan (oxidation of food), tenaga kimia yang tersimpan di dalam makanan akan ditukarkan kepada tenaga haba untuk memanaskan badan.

Apabila sesuatu sel kimia digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga cahaya, tenaga elektrik, tenaga haba, dan lain-lain.

Kegunaan tenaga kimia:
  • Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan dan mendidihkan air.
  • Bahan api seperti petroleum dibakar untuk menjalankan/mengendalikan motor/enjin.
  • Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan menghasilkan tenaga haba untuk memanaskan badan serta mengawal suhu badan.
  • Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.

No comments:

Post a Comment