Tuesday, June 26, 2012

Tenaga Kinetik

Tenaga kinetik (kinetic ebergy) adalah tenaga yang dimiliki (possessed) oleh jasad yang bergerak (moving body).

Tenaga kinetik sesuatu objek adalah bergantung kepada jisim (mass) dan halaju (velocity).

Tenaga kinetik akan meningkat (increase) jika:
  1. Jisim sesuatu objek itu bertambah.
  2. Halaju sesuatu objek itu meningkat

Tenaga kinetik bagi sesuatu objek pegun (stationary) adalah sifar (zero).

Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik:
  • Sistem aliran.
  • Gerakan jarum jam.
  • Angin.
  • Guli yang bergolek.
  • Kipas yang berputar.
  • Kenderaan yang bergerak.

Kegunaan tenaga kinetik
  1. Angin adalah berguna untuk mengubah gerakan/layar sesebuah kincir angin (windmill).
  2. Air yang mengalir boleh digunakan untuk mengangkut kayu balak (timber logs) di dalam industri pembalakan (timber industry).
  3. Jarum jam yang bergerak dengan setiap tandaan (saat/minit/jam) membolehkan kita untuk mengetahui masa/waktu pada bila-bila masa sahaja.
  4. Air sungai yang mengalir deras (swift flowing) boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik (generate electrical power).




Berlari - Salah satu contoh tenaga kinetik.


No comments:

Post a Comment