Thursday, June 28, 2012

Tenaga Keupayaan

Tenaga keupayaan (potential energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam badan/jasad kerana kedudukannya (tenaga keupayaan graviti) atau keadaan fizikalnya (tenaga keupayaan elastik).

Tenaga keupayaan sesuatu objek bergantung kepada:
  1. Jisim (mass) objek.
  2. Jarak (distance) objek dari permukaan bumi.
  3. Kuasa tarikan graviti (power of the gravitational) ke atas objek itu.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek meningkat jika:
  • Jisim objek bertambah.
  • Semakin tinggi jarak objek dari permukaan tanah.
  • Daya tarikan graviti pada objek bertambah.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek yang berada betul-betul di atas permukaan Bumi adalah sifar (zero).

Sesuatu objek yang sedang jatuh boleh mendapat tenaga kinetik (kinetic energy) dan kehilangan tenaga keupayaan.

Sebaliknya, sesuatu objek yang dilemparkan ke atas boleh mendapat tenaga keupayaan dan kehilangan tenaga kinetik.

Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan graviti:
  • Buah kelapa yang tergantung di atas pokok.
  • Seorang penyelam/penerjun berdiri di atas papan anjal.
  • Buku-buku yang terletal di atas rak dinding.
  • Kipas yang tergantung pada siling (ceiling).

Kegunaan tenaga keupayaan graviti (gravitational potential energy):
  • Seorang penyelam/penerjun boleh terjun menjunam ke dalam air dari papan menyelam/anjal.
  • Kanak-kanak boleh meluncur dengan mudah menuruni papan gelongsor.
  • Air di empangan boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik di stesen hidroelektrik.

Penerjun di papan anjal ini memiliki tenaga keupayaan kerana
kedudukannya yang tinggi dari permukaan bumi.


Tenaga keupayaan elastik (elastic potential energy) hanya wujud dalam bahan-bahan yang kenyal sahaja, seperti spring atau getah.

Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan elastik:
  • Segulung spring kereta mainan.
  • Gelang/gelung getah yang diregangkan.
  • Spring yang dimampatkan.

Kegunaan tenaga keupayaan elastik:
  • Tenaga keupayaan yang tersimpan di dalam spring sebuah kereta mainan boleh membuatkan kereta tersebut bergerak.
  • Spring digunakan untuk menggoncang/menghayun buaian (cradle). Spring yang diregangkan dan dimampatkan boleh menghasilkan pergerakan yang berterusan (continous).
  • Gelung getah (rubber band) yang diregangkan boleh mengikat barangan dengan ketat.
  • Tali getah lastik (catapult) boleh melontarkan batu apabila ditarik dan dilepaskan.
  • Anak panah bergerak ke arah sasarannya apabila dilepaskan dari busur pemanah (the archer's bow).

Contoh tenaga keupayaan elastik yang terdapat di dalam spring kereta.


2 comments:

  1. assalamualaikum. saya ada perkara perlu ditanya. boleh encik email saya? kita sembang di email. saya betul2 keliru dgn tenaga keupayaan dan soalan yg lect saya bgi, email saya intanrohaini@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Best No Deposit Bonus Codes in India - Herzamanindir.com
    5 steps1.Visit the official website of No Deposit India.
    Benefits of using a bsjeon.net no deposit bonus.
    Benefits of using a febcasino no https://septcasino.com/review/merit-casino/ deposit bonus.
    Benefits of using a 바카라 사이트 no deposit bonus.
    Online Sincere Accessory domain www.online-bookmakers.info 바카라 사이트

    ReplyDelete