Tuesday, May 22, 2012

Protein

Protein adalah nutrien yang mengandungi karbon (carbon), hidrogen (hydrogen), oksigen (oxygen) dan nitrogen. Ada juga protein mengandungi sulfur (sulphur) dan fosforus (phosphorus).

Sifat-sifat protein:
  • Unit asas bagi protein adalah asid amino (amino acid). Terdapat 20 jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti serine, methionine, glycine dan alanine.
  • Kebanyakan protein terbentuk daripada 100-300 unit rantaian asid amino. Ini menjadikan molekul protein besar dan kompleks. Protein tidak dapat menembusi membran plasma di dalam sel dan juga tidak larut (insoluble) dalam air.
  • Terdapat dua kelas protein, iaitu protein kelas pertama (protein daripada haiwan) yang mengandungi semua jenis asid amino dan protein kelas kedua (protein daripada tumbuhan) yang mana terdapat kekurangan beberapa jenis asid amino.
  • Sesetengah asid amino tidak boleh dibentuk oleh sel-sel badan. Jadi, asid amino ini hendaklah diperolehi daripada makanan.

Sumber protein:
  • Protein haiwan seperti daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu (keju dan mentega).
  • Protein tumbuhan seperti kekacang (soya, kacang tanah, kacang pea) dan bijirin (oat, gandum, jagung).
Makanan-makanan yang kaya dengan sumber protein.


Jadual di bawah menunjukkan peratusan kandungan protein dalam beberapa jenis makanan.

Sumber
Kandungan Protein (%)
Ikan (Fish)
26.0
Daging (Meat)
23.0
Telur (Egg)
14.0
Milk (Susu)
6.0
Sayur-sayuran (Vegetables)
3.2

 
Fungsi protein:
  • Untuk pertumbuhan badan (growth of the body) kerana protein adalah salah satu komponen utama dalam protoplasma (protoplasm) sel.
  • Untuk pembentukan sel-sel baru (formation of new cells) bagi menggantikan sel-sel lama atau sel-sel yang telah rosak.
  • Untuk mensintesiskan sebatian protein yang lain (synthesise other protein compounds) seperti enzim, hormon dan antibodi.
  • Untuk memberikan tenaga (provide energy). Protein boleh ditukarkan (broken down) kepada glikogen (glycogen) apabila tubuh badan kekurangan karbohidrat (carbohydrate) dan lemak (fat). Glikogen adalah tenaga yang tersimpan (stored energy) yang mana ianya boleh menghasilkan tenaga apabila dioksidasikan (oxidised) melalui respirasi sel.

Ujian protein:
  • Ujian untuk mengesan kehadiran protein dalam sampel makanan dikenali sebagai Ujian Millon (Millon's test).
  • Mendakan merah bata (brick-red precipitate) akan terbentuk apabila makanan yang mengandungi protein (seperti albumin telur) dipanaskan bersama-sama (heated together) dengan reagen Millon (Millon's reagent).

No comments:

Post a Comment