Tuesday, May 15, 2012

Karbohidrat

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Karbohidrat (carbohydrates) adalah nutrien yang mengandungi karbon (carbon), hidrogen (hydrogen) dan oksigen (oxygen). Nisbah (ratio) hidrogen kepada oksigen adalah 2:1.

Karbohidrat terbentuk daripada molekul-molekul ringkas yang dikenali sebagai gula ringkas (simple sugar).

Karbohidrat boleh dibahagikan kepada tiga jenis, berdasarkan bilangan gula ringkas yang terdapat didalam molekul:
  1. Monosakarida (monosaccharide) - terdiri daripada lebih daripada satu unit gula ringkas.
    Contoh: Glukosa, fruktosa, galaktosa.
  2. Disakarida (disaccharide) - terdiri daripada dua unit gula ringkas.
    Contoh: Laktosa, maltosa, sukrosa.
  3. Polisakarida (polysaccharide) - terdiri daripada banyak unit-unit gula ringkas.
    Contoh: Kanji, glikogen, selulosa.

Sumber karbohidrat:
  • Makanan yang berkanji (starchy food) seperti roti, nasi, dan kentang.
  • Makanan yang manis/bergula (sugary food) seperti madu, buah-buahan, tebu dan susu.
Makanan-makanan yang kaya dengan karbohidrat.


Jadual di bawah menunjukkan peratusan kandungan karbohidrat didalam beberapa jenis makanan:

Sumber
Kandungan karbohidrat (%)
Nasi
76
Roti
74
Pisang
53
Daging
10
Ikan
2


Fungsi karbohidrat:
  • Untuk membekalkan tenaga supaya sel-sel badan dapat berfungsi dengan lebih cekap (efficiently). Satu gram (1g) karbohidrat boleh menghasilkan 17 kJ tenaga apabila dioksidakan sepenuhnya (completely oxidised).
  • Sebagai simpanan makanan (as stored food) pada haiwan dan sel-sel tumbuhan, sebagai contoh:
    i) Glukosa yang berlebihan akan ditukar kepada glikogen untuk disimpan dalam sel-sel haiwan.
    ii) Sel-sel tumbuhan menyimpan lebihan glukosa (excess glucose) dalam bentuk kanji (starch).
    iii) Kanji dan glikogen boleh ditukarkan semula kepada gula ringkas apabila diperlukan.

Ujian makanan untuk karbohidrat.


Kehadiran kanji dan glikogen (glycogen) boleh diuji dengan larutan iodin (iodine solution). Apabila iodin yang berwarna perang kekuningan (yellowish brown) dititiskan ke dalam larutan berkanji, warna larutan akan berubah kepada biru gelap (dark blue) atau biru kehitaman (blackish blue).

Kehadiran glukosa (glucose), galaktosa (galactose), laktosa (lactose), dan maltosa (maltose) boleh diuji dengan menggunakan larutan Benedict atau larutan Fehling. Apabila larutan Benedict dititiskan kedalam larutan glukosa dan kemudiannya campuran larutan tersebut dipanaskan perlahan-lahan selama dua minit, larutan tersebut secara beransur-ansur (gradually) akan berubah warna daripada biru muda (light blue),  hijau (green), kuning (yellow), jingga (orange) dan akhirnya kepada mendakan merah bata (brick-red precipitate).

No comments:

Post a Comment

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers