Thursday, March 22, 2012

Unsur / Elemen

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Elemen (element) atau unsur adalah bahan yang paling ringkas/mudah (simplest substance). Ianya tidak boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah kimia kepada apa-apa komponen yang lebih ringkas/mudah lagi.

Semua unsur (element) adalah terdiri daripada hanya satu jenis atom sahaja.

Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis yang sama, yang bergabung untuk membentuk molekul.

Terdapat 112 jenis unsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi, manakala 20 dicipta oleh para saintis.

Contoh-contoh unsur:
  1. Emas (gold).
  2. Zink (zinc).
  3. Besi (iron).
  4. Oksigen (oxygen).
  5. Karbon (carbon).
  6. Nitrogen.
  7. Hidrogen (hydrogen).
  8. Aluminium.
Dalam unsur-unsur seperti oksigen dan kuprum, semua atom adalah sama.

Unsur-unsur boleh dikelaskan kepada logam (metal) dan bukan logam (non-metal).


Logam
87 jenis logam telah dikenal pasti.

Contoh-contoh logam:
  • Kalium (potassium)
  • Kalsium (calsium)
  • Magnesium
  • Merkuri/raksa (mercury)
  • Natrium (sodium)
  • Perak (silver)
  • Kuprum/tembaga (copper)
  • Platinum
  • Emas (gold)

Bukan Logam
17 jenis bukan logam telah dikenal pasti.

Contoh-contoh bukan logam:
  • Hidrogen (hydrogen)
  • Oksigen (oxygen)
  • Fluorin (fluorine)
  • Klorin (chlorine)
  • Karbon (carbon)
  • Fosforus (phosphorus)
  • Bromin (bromine)
  • Iodin (iodine)
  • Nitrogen
  • Sulfur (sulphur)
Kebanyakan bukan logam wujud dalam bentuk gas pada suhu bilik (room temperature). Tetapi, terdapat juga beberapa bukan logam yang wujud sebagai pepejal dan cecair.

Contoh-contoh bentuk bukan logam pada keadaan suhu bilik:
  1. Pepejal (cth: karbon, sulfur, iodin, selenium, fosforus)
  2. Cecair (cth: bromin)
  3. Gas (cth: hidrogen, helium, oksigen, fluorin, neon, klorin, argon, krypton, xenon, radon)


    4 comments:

    1. BAB4:sebatian dan campuran belum ada lagi ke?cuma ada unsur je

      ReplyDelete
    2. Assalamuahlaikum Cikgu Naza..Saya cari maksud sebatian dengan campuran tiada.Saya nak minta supaya Cikgu update kan tentang maksudnya..Lagipun saya nak kene hantar folio saye lepas naik cuti sekolah..Harap cikgu sudi membantu.

      ReplyDelete

    'Follow' to get notification of blog updates

    Google+ Followers