Susunan zarah yang berlainan/berbeza dalam jirim membolehkan jirim wujud dalam tiga bentuk yang berbeza (keadaan fizikal).
Biasanya jirim boleh wujud sebagai pepejal, cecair dan gas.
Susunan Zarah Dalam Pepejal.
Zarah pepejal.
- Pensil, rod kaca, kuku besi, dan bikar adalah beberapa contoh pepejal.
- Zarah pepejal tersusun rapat dan dalam corak/pola yang tetap. Ini adalah kerana daya tarikan antara zarah adalah kuat.
- Terdapat ruang yang sangat kecil di antara zarah pepejal. Oleh itu, zarah tidak boleh dimampatkan dan isipadu pepejal adalah pasti/tentu.
Kajian susunan zarah dalam pepejal.
Permulaan eksperimen
Prosedur:
- Kepingan kecil kristal kuprum (II) sulfat dimasukkan ke dalam tabung uji yang dipenuhi oleh gel.
- Tabung uji diterbalikkan tanpa digoncang dan dibiarkan selama beberapa hari.
Pemerhatian:
Kuprum (II) sulfat biru perlahan-lahan merebak ke dalam gel. Selepas beberapa hari, gel menjadi keseluruhannya biru. Krital kuprum (II) sulfat telah hilang.
Kesimpulan:
Penyerapan kuprum (II) sulfat oleh gel menunjukkan bahawa terdapat ruang diantara zarah gel. Kadar penyerapan yang perlahan menunjukkan bahawa zarah gel disusun berhampiran bersama-sama (terdapat ruang kecil di antara zarah).
kenapa eksperimen radas a didalam nya air menjadi perang
ReplyDelete