Thursday, December 8, 2011

Mekanisme Pernafasan Manusia

Sistem pernafasan manusia.

Sistem pernafasan manusia.

Bahagian
Struktur
Fungsi
Rongga nasal
Rongga yang terdiri dari tisu lembap dan rerambut halus.
Melembapkan udara yang melaluinya serta memerangkap habuk pada udara.
Trakea
Dinding luaran terdiri dari gegelang tulang rawan, manakala dinding dalamannya terdiri dari dari sel-sel epithelium dengan silia dan sel-sel yang merembeskan mucus.
Gelang tulang rawan menghalang trakea daripada binasa. Silia dan mukus membantu untuk memerangkap habuk dan mikro organisma yang ada dalam udara.
Bronkus
Dua cabang dari trakea yang menuju ke paru-paru.
Udara terus ke paru-paru kiri dan kanan.
Paru-paru
Lembut, seperti span, serta kaya dengan saluran darah dan alveoli.
Tempat berlakunya pertukaran gas.
Tulang rusuk
Tulang-tulang yang berbentuk sangkar di dalam rongga toraks.
Melindungi paru-paru.
Diafragma
Otot berbentuk kubah ketika dalam keadaan rehat.
Memisahkan rongga torak daripada rongga abdomen.
Otot intercostal
Tisu otot di antara dua tulang rusuk. Ia juga dikenali sebagai otot rangka.
Menggerakan tulang rusuk.



Struktur paru-paru manusia.


Paru-paru manusia.

Paru-paru (lung) adalah organ utama pernafasan (main respiratory organ) manusia.

Manusia mempunyai sepasang paru-paru, iaitu paru-paru kiri dan kanan.

Paru-paru adalah lembut dan seperti span, dan terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity) yang dilindungi oleh tulang rusuk (ribs).

Permukaan paru-paru dilitupi dengan cecair untuk mengurangkan geseran (friction) semasa proses pengembangan dan pengecutan.

Terdapat cabang-cabang halus dalam paru-paru yang dikenali sebagai bronkiol. Bronkiol dicabang keluar dari bronkus.

Terdapat banyak kantung udara di hujung bronkiol yang dikenali sebagai alveoli. Pertukaran gas berlaku di sini.

Peranan sistem pernafasan manusia untuk menghasilkan tenaga melalui tiga mekanisme:
  1. bernafas untuk mendapatkan oksigen.
  2. mengangkut oksigen daripada darah ke sel-sel badan.
  3. respirasi sel untuk mengoksidakan makanan menggunakan oksigen dalam sel-sel badan.

Bernafas

Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari tubuh manusia untuk membolehkan pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru.

Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan menghembus nafas (exhalation) melalui tindakan diafragma dan otot intercostal.

Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam paru-paru, manakala penhembusan nafas membolehkan udara diusir keluar dari paru-paru ke atmosfera.

Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan diafragma dan otot intercostal.
  • Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan rehat, ia berbentuk seperti kubah, yang melengkung ke atas.
  • Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks.
  • Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk. Ianya terbahagi kepada dua lapisan, iaitu otot intercostal luar dan otot intercostal dalam.
  • Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.


Otot-otot intercostal.



Mekanisme pernafasan

Menarik nafas (inhalation)

Fungsi menarik nafas adalah untuk menarik oksigen dari udara ke dalam sel-sel badan.

Semasa menarik nafas,
  • diafragma mengecut dan mendatar.
  • otot intercostal luar mengecut dan menaikkan tulang rusuk ke atas dan ke hadapan.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan meningkatkan isipadu rongga toraks.

Tekanan udara di dalam paru-paru berkurangan dan lebih rendah daripada tekanan atmosfera luar.

Jadi, udara dari atmosfera akan dipaksa masuk ke dalam paru-paru sebagai udara yang disedut semasa menarik nafas. 


Menghembus nafas (exhalation)

Fungsi menghembus nafas adalah untuk membuang karbon dioksida daripada sel-sel badan.

Semasa menghembus nafas,
  • diafragma dalam keadaan rehat dan melengkung ke atas berbentuk seperti kubah.
  • otot intercostal dalam mengecut, akan merendah dan mengembalikan kedudukan tulang rusuk ke kedudukan asal.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan mengurangkan isipadu rongga toraks.

Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah dan melebihi tekanan atmosfera luar.

Jadi, udara di dalam paru-paru dipaksa keluar sebagai udara yang dihembus semasa menghembus nafas.

9 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian...semoga diberkati hendaknya

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ya allah ..terima kasih atas perkongsian artikel ini.. saya akan menduduki pt3 pada thn hadapan ..jadi ..saya mengambil langkah awal

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas nota ini . Tapi nak tanya.. bronkiol memang tiada fungsi ke ? Tolong reply =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fungsinya ialah sebagai penyalur udara masuk dan keluar ke paru-paru..

      Delete