Tuesday, December 13, 2011

Organisma Unisel dan Multisel


Organisma unisel

Organisma unisel (unicellular organisms) adalah organisma ringkas (simple organisms) yang terdiri daripada hanya satu sel (uni: satu: satu).

Organisma unisel dalam alam haiwan adalah protozoa, amoeba dan paramecium.

Organisma unisel dalam alam tumbuhan pula adalah pluerococcus, euglena, chlamydomonas dan yis.

Organisma unisel adalah sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop (microscope), dengan itu organisma unisel juga dikenali sebagai mikroorganisma (microorganism).

Organisma unisel. 


Organisma multisel

organisma multisel adalah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel (multi: banyak: banyak).

Organisma multisel dalam alam haiwan adalah mamalia, amfibia, reptilia, burung, ikan dan beberapa haiwan kecil lain.

Organisma multisel dalam alam tumbuhan pula adalah lumut, alga, paku pakis dan kebanyakan tumbuhan yang berbunga.

Organisma multisel.


Proses kehidupan organisma unisel dan multisel.

Proses kehidupan adalah satu proses yang dijalani oleh semua benda hidup/hidupan untuk membolehkan ia terus hidup di dunia ini. Benda tidak hidup (non-living thing) tidak menjalani apa-apa proses kehidupan.

Semua hidupan menjalankan proses kehidupan seperti makan, bernafas, bergerak, mengeluarkan sisa buangan, membiak, membesar dan bertindak balas terhadap rangsangan.

Proses hidup yang dijalani oleh organisma multisel adalah lebih kompleks daripada yang dijalankan oleh organisma unisel.

Proses hidup yang dijalani oleh organisma unisel (amoeba) dan organisma multisel (ikan) adalah sama. Sebagai contoh:
  • Organisma unisel (amoeba)
    - Makanan utamanya adalah bakteria.
    - Bernafas melalui membran sel.
    - Bergerak dengan melanjutkan pseudopodium.
    - Organ perkumuhannya adalah vakuol.
    - Membiak dengan cara belahan penduaan (binary fission).
    - Boleh membesar.
    - Bertindak balas terhadap bahan-bahan kimia yang ringan.

  • Organisma multisel (ikan)
    - Makanan utamanya adalah zooplanktons.
    - Bernafas melalui insang.
    - Bergerak dengan menggunakan ekor dan sirip.
    - Mengeluarkan buangan melalui liang perkumuhan.
    - Membiak dengan cara bertelur.
    - Boleh membesar.
    - Bertindak balas terhadap cahaya dan getaran didalam air.

24 comments:

  1. nak tanya,organisma tinggal di mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggal dekat darat ar...klau kt air mcm mner nk bernafas....

      Delete
    2. ehem YOU RE ONE OF THE ORGANISM, be more specific if you re asking about micro-organism

      Delete
    3. Mengapakah paramesium dikelaskan sebagai organisma unisel

      Delete
  2. manusia merupakan organisma multisel yang kompleks.. contoh nye mcm mnew ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. example dy ialah manusia, haiwan dan dll, yg terdiri daripada lebih daripada satu sel yang bergabung membentuk tisu dn sebagainye...

      Delete
  3. mengapa manusia adalah organisme multisel yang kompleks ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana , manusia mempunyai berjuta-juta sel dalam badan ..

      Delete
  4. cikgu, boleh x bagi lebih banyak article pasal multisel ?

    ReplyDelete
  5. Guys.. carilah kat website lain kalau tk dpt jawapan 2 yg korng nk.. ☺nk share je ♤♡♢♤♡

    ReplyDelete
  6. mengapa manusia merupakan multisel??? soalan kbat latihan utk pt3... xjumpa la kt tmpt lain... tq

    ReplyDelete
  7. Jangka hayat untuk multisel dan unisel???

    ReplyDelete
  8. Apakah struktur organisma multisel

    ReplyDelete
  9. jangka hayat unisel & multisel?

    ReplyDelete