Friday, December 23, 2011

Jirim

Segala-galanya, sama ada benda yang hidup atau bukan hidup, yang mempunyai jisim (mass) dan mempunyai / memenuhi ruang (occupies space) dipanggil jirim (matter).

Contoh-contoh jirim adalah seperti air, udara, bumi, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia.

Ahli-ahli sains mentakrifkan 'jirim' sebagai segala benda yang mempunyai jisim (mempunyai berat disebabkan oleh tarikan graviti) dan memenuhi ruang (mempunyai isipadu yang boleh diukur).

Bagaimana untuk membuktikan bahawa sesuatu benda itu mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

Udara mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
  1. Merujuk kepada rajah di atas, dua biji belon diisi dengan udara (udara memberikan isipadu kepada belon kerana ia memenuhi ruang didalam belon).
  2. Salah satu belon dicucuk dengan jarum. Didapati bahawa rod akan cenderung ke arah belon yang masih berisi udara (udara mempunyai jisim kerana ia memberi berat kepada belon).
  3. Ini menunjukkan bahawa udara adalah jirim yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

5 comments:

  1. cikgu naza tiz iz my (eramayshree@gmail.com) if u have any notes about sains plz forward 2 me -ramyah shree

    ReplyDelete
  2. thank a lot . it helping me to finish my note . thank again .

    ReplyDelete
  3. bab satu cakap jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti. mengapa bab tiga cakap jisim (mempunyai berat disebabkan oleh tarikan graviti)???

    ReplyDelete