Tuesday, November 15, 2011

Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains mestilah dikendalikan dengan berhati-hati.

Sesetengah bahan kimia yang amat berbahaya dan juga boleh membahayakan kesihatan kita. Ada yang meletup, menghakis, sangat mudah terbakar atau beracun/toksik.

Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.

Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol yang terdapat pada label bekas atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.


Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.



Sangat mudah terbakar (Highly flammable)
Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.




Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.



Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)
Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.



Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)
Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.



Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.

3 comments:

  1. mintak share..tqvm..sgt membantu

    ReplyDelete
  2. As salam.mohon share n manfaatkan semua nota cikgu.sangat2 berguna untuk pelajar pendidikan khas saya yg akan amek PMR tahun ni,Moga Allah jua yg akan membalas budi baik cikgu.TQSM

    ReplyDelete

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers