Friday, November 18, 2011

Berat & Jisim

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). Kaedah ini juga digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek.

Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan dua kuantiti yang berlainan.

Unit sukatan berat dan jisim ialah;
  • Berat - Newton / N
  • Jisim - kilogram / kg

Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala, jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut.

Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza untuk mengukur berat dan jisim sesuatu objek.

Menyukat berat
Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan (spring balance / compression balance). Ini adalah kerana tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan spring.

Neraca spring (Spring balance)


Neraca mampatan (Compression balance)

Menyukat jisim
Neraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever balance / elektronic balance) digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama seperti 'jisim standard' (standard mass) yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan neraca untuk jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah sentiasa tetap).

Neraca tiga palang/alur (Triple beam balance)


Neraca tuas (Lever balance)


No comments:

Post a Comment

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers