Showing posts with label Bab 10 Tingkatan 2. Show all posts
Showing posts with label Bab 10 Tingkatan 2. Show all posts

Tuesday, August 25, 2015

Tuas Kelas Kedua

Bagi tuas kelas kedua (second-class lever):
  • Beban terletak di antara fulkrum dan daya.
  • Daya dan beban bertindak pada arah yang bertentangan.
Tuas kelas kedua.

Daya sentiasa lebih jauh daripada fulkrum jika dibandingkan dengan beban. Hal ini membenarkan daya yang kecil digunakan untuk mengangkat beban yang besar.

Contoh alat-alat yang menggunakan prinsip tuas kelas kedua dalam kehidupan harian adalah:
  • Pemotong kertas.
  • Pembuka penutup botol.
  • Kacip buah keras.
  • Kereta sorong.
  • Mengangkat penutup enjin kereta.
Contoh alatan (kereta sorong) yang menggunakan 
prinsip tuas kelas kedua.

Tuesday, August 11, 2015

Tuas Kelas Pertama

Tuas kelas pertama mempunyai fulkrum yang terletak di antara beban dengan daya.

Tuas kelas pertama membolehkan suatu beban diatasi dengan suatu daya yang kecil.

Beban dan daya bertindak pada arah yang sama, iaitu ke bawah, sepeti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Tuas kelas pertama.

Bagi tuas kelas pertama, sistemnya adalah:
  1. Untuk menghasilkan daya yang lebih besar jarak daya dari fulkrum mesti melebihi jarak beban dari fulkrum.
  2. Jarak yang dilalui oleh daya adalah lebih besar daripada jarak yang dilalui oleh beban untuk membolehkan suatu beban diatasi dengan suatu daya yang kecil.

Mesin seperti gunting dan playar dibina berasaskan dua sistem tuas kelas pertama.

Contoh tuas kelas pertama: Gunting.

Wednesday, February 27, 2013

Tuas


Tuas adalah mesin ringkas (simple machine) yang boleh membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah.

Tuas (lever) adalah suatu batang/bar tegar (rigid bar) yang boleh bergerak/berputar bebas pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum (fulcrum) apabila suatu daya (effort) dikenakan keatasnya untuk mengatasi daya lain yang menentang yang dikenali sebagai beban (load).

Tuas digunakan untuk memberikan kelebihan mekanikal (mechanical advantage) dalam menghantar atau mengubah (transmitting or modifying) daya dan gerakan.

Sistem tuas (lever system) membolehkan suatu beban yang berat dipindahkan dari satu titik ke titik yang lain dengan menggunakan daya (effort) yang minima. Ini boleh membantu mengurangkan tenaga.

Tuas.

Tuas boleh dikelaskan kepada 3, iaitu:
  1. Tuas kelas pertama (first class levers)
  2. Tuas kelas kedua (second class levers)
  3. Tuas kelas ketiga (third class levers)

Perbezaan antara kelas-kelas tuas adalah berdasarkan kedudukan beban (load), daya (effort) dan fulkrum (fulcrum).

Setiap kelas tuas mempunyai dua daya, iaitu, beban (load) dan daya/usaha (effort).

Jarak diantara beban dan fulkrum dipanggil jarak beban (distance of load, symbol: l).

Jarak diantara daya (effort) dan fulkrum dipanggil jarak daya (distance of effort, symbol: e).