Monday, September 28, 2015

Sumbangan Ahli Astronomi Dalam Bidang Astronomi

Astronomi (astronomy) adalah bidang kajian tentang objek semula jadi yang terdapat di langit.

Ahli-ahli astronomi purba daripada Timur Tengah, China dan India telah membuat pemerhatian terhadap pergerakan matahari, bintang dan bulan.

Ahli astronomi purba seperti orang Greek telah cuba menerangkan pergerakan planet dan bintang.

Antara sumbangan ahli-ahli astronomi dalam bidang astronomi adalah seperti berikut:

Aristotle (Tahun: 384–322 SM)
  • Mencadangkan Bumi berbentuk sfera dan bukannya mendatar.

Aristarchus (Tahun: 200 SM)
  • Ahli astronomi pertama yang mencadangkan Bumi berputar pada paksinya dan bergerak mengikut orbit yang tersendiri.

Hipparchus (Tahun: 100 SM)
  • Mengkelaskan bintang berdasarkan kecerahannya.

Claudius Ptolemy (Tahun: 120 SM)
  • Memperkembangkan teori Sistem Suria.
  • Mencadangkan Bumi adalah pusat Sistem Suria.

Nicholas Copernicus (Tahun: 1473–1543)
  • Ahli astronomi pertama yang mencadangkan Matahari adalah pusat Sistem Suria.
  • Menyatakan setiap planet mempunyai orbit tersendiri dan orbit-orbit planet berbentuk bulatan.

Galileo Galilei (Tahun: 1564–1642)
Mencipta teleskop astronomi yang pertama dan menggunakannya untuk memerhati:
  • Permukaan bulan.
  • Tompok matahari.
  • Planet Zuhal (Saturn) dan gelangnya.
  • Empat bulan yang mengorbit Planet Musytari (Jupiter).

Johannes Kepler (Tahun: 1571–1630)
  • Menyatakan orbit Bumi berbentuk elips.

Isaac Newton (Tahun: 1642–1727)
  • Memperkenalkan hukum graviti.
  • Mengemukakan idea tentang satelit semula jadi dan planet kekal pada orbit masing-masing adalah berkait rapat dengan daya tarikan graviti.
  • Mencipta teleskop pantulan yang pertama.

Edmund Halley (Tahun: 1656–1743)
  • Menemui Komet Halley (komet ini diramal muncul semula setiap 76 tahun).

Albert Einstein (Tahun: 1879–1955)
  • Mengemukakan idea tentang hubungan masa, ruang dan tenaga.

Karl Jansky (Tahun: 1905–1950)
  • Orang pertama yang mengesan gelombang radio dari angkasa lepas dengan teleskop radio.

William Herschel (Tahun: 1781)
  • Menemui Planet Uranus.

Johann G. Galle (Tahun: 1848)
  • Menemui Planet Neptun (Neptune).

Clyde W. Tombaugh (Tahun: 1930)
  • Menemui Planet Pluto.


No comments:

Post a Comment