Astronomi (astronomy) adalah kajian saintifik mengenai alam semesta (universe) yang merangkumi planet, matahari, bulan, komet, bintang, galaksi dan lain-lain dari segi sejarah, pergerakan, lokasi dan komposisi kimia.
Ahli-ahli astronomi yang terawal kebanyakannya adalah orang-orang Mesir purba. Dengan memerhatikan Sirius, bintang paling cerah di langit, mereka menetapkan bahawa dalam setahun mempunyai 365 hari dan mereka juga boleh meramal dengan tepat kejadian air pasang surut di Sungai Nil.
Ahli astronomi Cina yang dikenali sebagai Shih Shen telah menyediakan satu katalog bintang yang dipercayai sebagai katalog tertua.
Aristotle, Phythagoras dan Ptolemy adalah ahli astronomi terkenal.
Aristotle (384–322 SM) adalah seorang pendita Yahudi. Dia bersama-sama dengan rakannya, Eudoxus, mempercayai bahawa Bumi adalah pusat bagi alam semesta.
Phythagoras (580–500 SM) menyatakan bahawa bumi adalah berbentuk bulat (spherical-shaped) dan bukannya rata. Bagi beliau, bumi kelihatan rata kerana ianya adalah luas. Beliau juga turut menyatakan bahawa orbit planet-planet yang bergerak mengelilingi matahari adalah bulat.
Claudius Ptolemy (100–170 SM) atau Claudius Ptolemaeus, membentangkan satu teori yang terkenal berdasarkan pandangan Aristotle bahawa bumi adalah pusat bagi alam semesta dan objek-objek lain berputar mengelilinginya.
Model alam semesta yang dibentangkan oleh Ptolemy telah diterima pakai sebagai benar tanpa sebarang bantahan selama lebih kurang 1300 tahun.
Walau bagaimanapun, pada abad/kurun ke-16, Nicholas Copernicus (1473–1543) yang dikenali sebagai ‘bapa astronomi moden’ (the father of modern astronomy) menyatakan bahawa bumi berputar pada paksinya sambil mengelilingi matahari.
Copernicus juga turut menyatakan bahawa planet-planet berputar dalam orbit mereka sendiri, sambil mengelilingi matahari yang merupakan pusat alam semesta.
Copernicus juga boleh meramalkan kedudukan planet dengan tepat dengan menggunakan pengiraan matematik (mathematical calculation).
Johannes Kepler (1571–1630) telah berjaya membuktikan bahawa orbit bagi planet-planet sebenarnya adalah berbentuk elips (elliptical) dan bukannya bulat (not circular). Beliau juga mengemukakan tiga hukum yang berkaitan dengan pergerakan planet-planet yang mengelilingi matahari.
Galileo Galilei (1546–1642) dari Itali adalah ahli astronomi yang pertama yang membuat pemerhatian tentang alam semesta, dengan menggunakan teleskop (telescope) ciptaannya sendiri untuk menjalankan kajian astronomi. Galileo membuat kesimpulan bahawa galaksi bima sakti (galaxy milky way) adalah terdiri daripada berjuta-juta bintang.
Galileo juga turut memerhatikan gunung-gunung dan kawah-kawah (craters) yang terdapat di permukaan bulan, dan tompok matahari (sunspots) yang terdapat pada permukaan matahari.
Melalui pemerhatiannya, Galileo membuat kesimpulan bahawa planet Zuhrah / Kejora (Venus) adalah juga mengelilingi matahari sama seperti planet-planet lain. Beliau juga mendapati terdapat empat satelit semulajadi (natural satellites) yang bergerak mengelilingi planet Musytari (Jupiter).
Sir Isaac Newton (1642–1727) adalah ahli astronomi dan ahli sains yang terkenal. Beliau mencadangkan bahawa 'daya yang bertindak ke atas planet' itulah yang membolehkan planet-planet untuk kekal dalam orbitnya.
Dengan menggunakan prinsip matematik, Newton membuktikan bahawa daya yang bertindak ke atas planet adalah sentiasa bergerak ke arah matahari.
Dengan menggunakan Hukum Gerakan (Laws of Motion) dan Hukum Graviti (Law of Gravitation) yang dikemukakan olehnya, Newton berjaya membuktikan kebenaran Hukum Kepler (Kepler’s Laws).
Hukum Graviti masih digunakan pada hari ini dalam mengira orbit kapal angkasa (spacecraft).
Hukum Gerakan Newton (Newton’s Laws of Motion) adalah juga merupakan asas dalam pelancaran roket ke angkasa lepas.
tak lengkap.........fungsi satelit yang ada di dunia seperti satelit alam sekitar,satelit ketenteraan,etc
ReplyDelete