Thursday, March 22, 2012

Unsur / Elemen

Elemen (element) atau unsur adalah bahan yang paling ringkas/mudah (simplest substance). Ianya tidak boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah kimia kepada apa-apa komponen yang lebih ringkas/mudah lagi.

Semua unsur (element) adalah terdiri daripada hanya satu jenis atom sahaja.

Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis yang sama, yang bergabung untuk membentuk molekul.

Terdapat 112 jenis unsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi, manakala 20 dicipta oleh para saintis.

Contoh-contoh unsur:
  1. Emas (gold).
  2. Zink (zinc).
  3. Besi (iron).
  4. Oksigen (oxygen).
  5. Karbon (carbon).
  6. Nitrogen.
  7. Hidrogen (hydrogen).
  8. Aluminium.
Dalam unsur-unsur seperti oksigen dan kuprum, semua atom adalah sama.

Unsur-unsur boleh dikelaskan kepada logam (metal) dan bukan logam (non-metal).


Logam
87 jenis logam telah dikenal pasti.

Contoh-contoh logam:
  • Kalium (potassium)
  • Kalsium (calsium)
  • Magnesium
  • Merkuri/raksa (mercury)
  • Natrium (sodium)
  • Perak (silver)
  • Kuprum/tembaga (copper)
  • Platinum
  • Emas (gold)

Bukan Logam
17 jenis bukan logam telah dikenal pasti.

Contoh-contoh bukan logam:
  • Hidrogen (hydrogen)
  • Oksigen (oxygen)
  • Fluorin (fluorine)
  • Klorin (chlorine)
  • Karbon (carbon)
  • Fosforus (phosphorus)
  • Bromin (bromine)
  • Iodin (iodine)
  • Nitrogen
  • Sulfur (sulphur)
Kebanyakan bukan logam wujud dalam bentuk gas pada suhu bilik (room temperature). Tetapi, terdapat juga beberapa bukan logam yang wujud sebagai pepejal dan cecair.

Contoh-contoh bentuk bukan logam pada keadaan suhu bilik:
  1. Pepejal (cth: karbon, sulfur, iodin, selenium, fosforus)
  2. Cecair (cth: bromin)
  3. Gas (cth: hidrogen, helium, oksigen, fluorin, neon, klorin, argon, krypton, xenon, radon)


    Wednesday, March 7, 2012

    Kelas-kelas Pemakanan

    Setiap hidupan (living things) memerlukan makanan untuk meneruskan hidup.

    Kita memerlukan makanan untuk:
    • mendapatkan tenaga kimia (chemical energy) untuk menjalanakan aktiviti, dan haba bagi mengekalkan suhu badan (body temperature) pada 37°C.
    • membina tisu baru semasa pembesaran dan juga untuk pembaikan tisu yang lama atau rosak yang terdapat di dalam badan.
    • mengekalkan kesihatan badan serta melindunginya daripada sebarang penyakit dan jangkitan.

    Makanan yang dimakan oleh manusia boleh dibahagikan kepada tujuh (07) kelas seperti berikut:
    1. Karbohidrat (carbohydrate)
    2. Protein
    3. Lemak (fat)
    4. Vitamin
    5. Mineral
    6. Serat (fibre)
    7. Air (water)