Friday, December 21, 2012

Mineral Yang Terdapat Di Dalam Kerak Bumi


Mineral adalah unsur semulajadi (natural element) atau sebatian (compound) yang terdapat di dalam kerak Bumi (Earth's crust).

Mineral mempunyai komposisi dan struktur kristal tertentu. Contoh-contoh mineral adalah calcite, feldspar, kuarza (quartz), mika (mica), marmar (marble) dan silikat (silicate).

Hanya unsur yang tidak aktif sahaja boleh wujud secara bebas dalam kerak Bumi. Sementara itu, unsur-unsur aktif akan bertindak balas dengan unsur-unsur lain bagi membentuk sebatian tertentu.

Unsur-unsur semula jadi yang biasanya ditemui di dalam kerak Bumi adalah emas (gold), perak (silver), platinum, raksa (mercury) dan arsenik (arsenic).

Jadual di bawah menunjukkan peratusan unsur-unsur mineral yang terdapat dalam kerak Bumi.

Unsur
% mengikut berat
Oksigen
46.6
Silikon
27.7
Aluminium
8.1
Besi / Ferum
5.0
Kalsium
3.6
Sodium
2.8
Potassium
2.6
Magnesium
2.1
Titanium
0.4
Hidrogen / Karbon
0.14
Peratusan unsur di dalam kerak bumi.

Hampir 75% daripada berat mineral di dalam kerak Bumi adalah terdiri daripada unsur-unsur oksigen dan silikon. Oleh itu, mineral silikat (silicate minerals) yang mengandungi oksigen dan unsur-unsur silikon membentuk jumlah yang terbesar. Contoh mineral silikat adalah termasuk kuarza, feldspar, mika dan tanah liat.

Mineral yang tidak mengandungi unsur silikon dikenali sebagai mineral bukan silikat (non-silicate minerals). Contoh mineral bukan silikat adalah calcite, dolomit (dolomite), magnetit (magnetite) dan bijih besi (hematite).

Unsur-unsur bukan logam yang lain seperti oksigen, sulfur dan karbon biasanya wujud dalam bentuk sebatian seperti oksida (oxides), sulfida (sulphides) dan karbonat (carbonates).

Unsur-unsur yang kurang aktif bergabung dengan oksigen dan sulfur untuk membentuk oksida dan sulfida seperti oksida besi, aluminium oksida, plumbum sulfida dan besi sulfida.

Sulfida bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk sulfat. Sebaliknya, oksida akan bertukar ke karbonat apabila bertindak balas dengan air dan karbon dioksida.

Oksida logam (metal oxide) adalah sebatian yang mengandungi logam dan oksigen.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak Bumi.

Jenis mineral
Contoh
Nama kimia
Unsur
Oksida
(oxide)
Bauksit
(bauxite)
Aluminium oksida
Aluminium dan oksigen
Hematit
(hematite)
Besi oksida
Besi dan oksigen
Magnetit
(magnetite)
Magnesium oksida
Magnesium dan oksigen
Cassiterite
Timah oksida
Timah dan oksigen
Sulfida
(sulphide)
Galena
Plumbum sulfida
Plumbum dan sulfur
Pirit
(pyrite)
Besi sulfida
Besi dan sulfur
Chalcocite
Kuprum sulfida
Kuprum dan sulfur
Blende
Zink sulfida
Zink dan sulfur
Karbonat
(carbonate)
Marmar
(calcite)
Kalsium karbonat
Kalsium, karbon dan oksigen
Magnesit
(magnesite)
Magnesium karbonat
Magnesium, karbon dan oksigen
Dolomit
(dolomite)
Magnesium karbonat
Magnesium, karbon dan oksigen
Malachite
Kuprum karbonat
Kuprum, karbon dan oksigen
Contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak Bumi.

Mineral yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Mineral memiliki ciri-ciri yang berbeza dari segi:
  1. Kekerasan (hardness).
  2. Keterlarutan dalam air (solubility in water).
  3. Reaksi kepada haba dan kesannya (reaction to heat and its effect).

Kuarza dan calcite adalah mineral Bumi yang biasa ditemui
di dalam batu-batan di seluruh dunia.

7 comments:

  1. Your blog are impressive to each other.I read your blog its very good and friendly, Help ful for all.

    Kiranglobal
    http://kiranglobal.com/products/products.html

    ReplyDelete
  2. Thank you very much its really helpfull

    ReplyDelete