Kepentingan air kepada manusia dan haiwan
- Melarutkan (dissolves) bahan makanan dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut (transported) oleh darah ke sel-sel yang memerlukan.
- Melarutkan bahan buangan (waste products) seperti urea untuk disingkirkan (expelled) dari sel-sel badan.
- Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37°C. Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh (sweat) dan air kencing (urine). Penyejatan (evaporation) peluh akan menyejukkan permukaan kulit.
- Mengawal kepekatan (thickness) darah supaya darah mudah untuk dipam oleh jantung ke seluruh badan.
- Sebagai medium bagi membolehkan proses-proses kimia dan metabolisma berlaku didalam sel-sel badan.
Kepentingan air kepada tumbuh-tumbuhan
- Membantu proses fotosintesis (photosynthesis) pada tumbuh-tumbuhan hijau dan percambahan (germination) biji benih dan spora.
- Melarutkan garam-garam mineral (mineral salts) dan bahan-bahan makanan yang akan diangkut ke bahagian-bahagian lain tumbuhan tersebut.
- Mengekalkan kesegaran sel tumbuhan.
- Memberikan sokongan keapungan (buoyancy support) kepada tumbuh-tumbuhan akuatik (aquatic) seperti Elodea, Cabomba, dan Hydrilla.
- Menyejukkan tumbuhan melalui proses transpirasi (penyejatan air pada permukaan daun melalui stoma).
Air (water) juga penting kepada manusia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, perkapalan dan pengangkutan, penjanaan kuasa, pengairan, rekreasi, memasak, minum, dan juga membasuh.
Kepentingan udara kepada manusia
- Udara mengandungi oksigen yang mana ianya penting (vital) untuk pernafasan.
- Karbon dioksida didalam udara amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan bagi menjalankan fotosintesis yang mana ianya penting untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan (growth of plants). Ini amatlah penting bagi manusia kerana tumbuh-tumbuhan adalah sumber makanan bagi manusia.
- Oksigen juga diperlukan untuk tujuan pembakaran (combustion).
Kepentingan tanah (soil) kepada tumbuh-tumbuhan
- Tumbuhan memerlukan air dan mineral untuk membesar (grow). Tanpa air didalam tanah (soil), mineral tidak boleh dilarutkan (dissolve), dan ianya akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan sesuatu tumbuhan itu terbantut (stunted).
- Akar tumbuhan memerlukan udara didalam tanah bagi menjalankan respirasi (respiration).
Kepentingan tanah (soil) kepada haiwan
- Tanah (soil) adalah habitat (habitat semula jadi) bagi makhluk-makhluk kecil seperti semut, larva serangga, bakteria, dan cacing tanah.
- Makhluk-makhluk ini boleh hidup di dalam tanah kerana terdapat air dan udara yang terperangkap didalam gumpalan tanah.
Kepentingan tanah (land) kepada manusia
- Untuk menjalankan aktiviti penternakan (livestock) dan pertanian (agricultural).
- Untuk menghasilkan kraftangan daripada tanah liat (clay) dan kaca (glass).
- Sebagai tapak pembinaan bagi kawasan perumahan, bangunan, dan kilang-kilang.
- Sebagai sumber untuk bekalan bahan api (fuels) seperti petroleum, gas asli (natural gas), dan arang batu (coal).
- Sebagai sumber utama untuk pelbagai bahan-bahan kimia dan mineral.
- Untuk pengekstrakan logam-logam seperti timah (tin), emas (gold), dan besi (iron). Logam-logam adalah bahan utama dalam pembinaan bangunan-bangunan dan jentera.
Bahan api digunakan untuk menjalankan jentera dan enjin kenderaan bagi membantu meringankan buruh manusia.
Kepentingan benda hidup (living thing) kepada manusia
- Benda-benda hidup menyediakan makanan yang diperlukan bagi membekalkan tenaga untuk menjalankan kerja dan aktiviti harian, untuk menjaga kesihatan dan tumbesaran badan dan untuk pembiakan.
- Pakaian yang dihasilkan daripada benda-benda hidup diperlukan bagi memanaskan badan serta melindungi diri dari sejuk dan hujan.
- Bahan binaan dari benda-benda hidup diperlukan bagi membina rumah dan bangunan-bangunan untuk perlindungan daripada cuaca melampau, dan juga untuk membuat perabot, kraftangan dan kapal-kapal.