Monday, July 23, 2012

Pengembangan dan Pengecutan Jirim

Jirim (matter) menyerap (absorbs) haba apabila dipanaskan dan menyingkirkan (expels) haba apabila disejukkan.

Isipadu (volume) jirim berubah apabila ianya dipanaskan (heated) atau disejukkan (cooled).

Apabila dipanaskan:
  • Zarah (particles) jirim menyerap tenaga haba (heat energy) untuk menukarkannya kepada tenaga kinetik. Tenaga kinetik (kinetic energy) menyebabkan zarah bergetar (vibrate) dengan lebih cepat.
  • Getaran ini menyebabkan zarah-zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain. Dengan sebab itu, saiz dan isipadu jirim akan meningkat.

Apabila disejukkan:
  • Zarah jirim kurang bergetar dan kelajuannya juga berkurangan.
  • Jarak antara zarah-zarah adalah mengurang. Ini bermakna bahawa saiz dan isipadu jirim juga turut berkurangan.


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saye sering melawati halaman ckg. Naza ...sangat bagus

    ReplyDelete
  3. hi, boleh minta tambah cara pengaliran haba dan kegunaan haba.....dan secara kesimpulan kesan apabila rod logam dipanaskan...thank you

    ReplyDelete