Wednesday, February 22, 2012

Konsep Ketumpatan

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Ketumpatan dan keapungan

Ketumpatan (density) sesuatu bahan adalah jisim (mass) per unit isipadu (volume) bahan tersebut. Persamaannya adalah:

Unit SI bagi ketumpatan kg/m3 atau kgm-3

Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada dua faktor:
  • Jisim.
    Lebih besar jisim, semakin besar ketumpatannya.

  • Isipadu.
    Lebih besar isipadu, semakin kecil ketumpatannya.
Jadual berikut menunjukkan ketumpatan pelbagai jenis bahan-bahan:

Keapungan
(buoyancy) jirim adalah merujuk kepada samada sesuatu jirim itu terapung atau tenggelam dalam jirim lain.

Keapungan sesuatu jasad (bodies) adalah bergantung kepada ketumpatannya.

Pepejal (solid) yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada ketumpatan sesuatu cecair (liquid) akan terapung pada permukaan cecair tersebut.

Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada ketumpatan sesuatu cecair akan tenggelam di dalam cecair tersebut.

Perbandingan ketumpatan antara dua pepejal.

Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan dua jasad:

  • Jika gabus terapung di atas permukaan air, maka gabus adalah kurang tumpat daripada air.
  • Jika zink tenggelam di dalam air, maka zink adalah lebih tumpat daripada air.


Perbandingan ketumpatan antara tiga cecair.

Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan dua cecair yang tidak bercampur:
  • Jika petrol terapung di atas air, maka petrol adalah kurang tumpat daripada air.
  • Jika merkuri tenggelam di dalam air, maka merkuri adalah lebih tumpat daripada air.

No comments:

Post a Comment

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers