Wednesday, February 29, 2012

Kepelbagaian Sumber Bumi

Bumi (earth) adalah satu-satunya planet dalam sistem solar yang didiami oleh hidupan.

Air, udara, tanah, mineral, bahan api fosil dan benda hidup adalah sumber yang paling penting di bumi.

Air, udara, tanah, mineral dan bahan api fosil adalah sumber yang tidak hidup.

Sumber-sumber asas ini amat diperlukan untuk mengekalkan proses kehidupan manusia dan semua organisma yang hidup di bumi.

Air
  • Air meliputi dua-pertiga daripada permukaan bumi. Hanya kira-kira 1% sahaja air bumi yang digunakan. Kira-kira 97% lagi adalah air laut dan 2% dibekukan dalam bentuk glasier dan kawasan kutub.
  • Semua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup. Kehilangan air dalam sel hidup dipanggil dehidrasi (dehydration).

Udara
  • Udara yang terdapat di sekeliling bumi dipanggil atmosfera (atmosphere). Udara mengandungi gas penting yang menyediakan bahan-bahan untuk menyokong kehidupan.
  • Semua hidupan memerlukan oksigen untuk bernafas. Tumbuhan memerlukan udara untuk menjalankan fotosintesis (photosynthesis).

Tanah dan mineral
  • Tanah (soil) yang meliputi kebanyakan permukaan tanah bumi dipanggil kerak (crust). Tanah adalah suatu campuran zarah mineral dan batu, tinggalan organisma mati, air dan udara.

Bahan api fosil
  • Bahan api fosil (fossil fuels) terdiri daripada fosil tumbuhan dan haiwan berusia ratusan juta tahun. Bahan api fosil terdiri daripada petroleum (minyak), gas asli dan arang batu.
  • Produk petroleum (seperti petrol dan diesel) digunakan pada kereta, bas, keretapi, dan kapal terbang.
  • Arang batu digunakan dalam loji janakuasa untuk menghasilkan elektrik.
  • Gas asli digunakan dalam industri pembuatan, untuk memanas, memasak, atau sebagai bahan api kenderaan.

Benda-benda hidup
  • Benda-benda hidup/hidupan (living things) seperti haiwan dan tumbuhan adalah sumber yang penting bagi manusia untuk mendapatkan makanan, bahan pakaian dan bangunan, dan bahan api.
  • Sumber makanan yang diperolehi daripada ayam dan makanan laut dan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Sumber bahan untuk pakaian diperolehi daripada kulit haiwan (seperti biri-biri, ulat sutera, dan buaya) dan tumbuhan (seperti kapas, pokok getah).
  • Sumber bahan binaan diperoleh dari kayu, rotan, casuarina, nibung, dll.
  • Sumber bahan api diperolehi daripada minyak sawit dan pokok getah.

11 comments:

  1. Salam, jika pos ini ditambah dengan gambar foto , tentu lebih menarik..... =)

    ReplyDelete
  2. x de ke kepentingan pemeliharaan dan pemulihan sumber alam???

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kalau nak yang ada klas kau carik la sendiri ataupun kau buat je sendiri.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Thank you untuk benda nie. Cikgu saya suruh saya buat powerpoint untuk topic nie :-) Untuk PBS. Rasanya PBS harus dihapuskan. Saya rasa PMR lagi bagus. Cuma candangan saya. Don't take my word seriously.

    ReplyDelete
  5. Thank sebab dah memberi maklumat kepada saya saya diberi tugasa membuat pembentanga Untuk PBS Liya Saya setuju dengan cadangan awak...sebab PBS ni memeningkan kepala sahaja

    ReplyDelete
  6. walaupun sye amik PMR namun sye tahu betapa susahnyerr PBS

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,Cikgu.Mohon copy dan paste semua artikel ilmiah.Terima kasih.Semoga Allah S.W.T memberkati Cikgu..dan menjadi pahala yang tidak pernah terputus selagi ilmu itu dimanfaatkan.

    ReplyDelete